Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDNAA Zahid keputusan penuh Idrus selepas baca dokumen bocor

    DNAA Zahid keputusan penuh Idrus selepas baca dokumen bocor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi  dibuat oleh bekas peguam negara, Idrus Harun, dan tanpa campur tangan atau arahannya.

    Katanya selaku perdana Menteri, beliau tahu kesan daripada keputusan yang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap kestabilan politik dan negara tetapi akur dengan penjelasan Idrus yang tidak mahu melepaskan tanggungjawab dalam menguruskan kes itu kepada penggantinya.

    “Tapi saya nak jelaskan, tak ada arahan (kepada) peguam negara (ketika itu), Idrus (Harun). Dia terlibat dalam meneruskan pendakwaan, kemudian dia baca dokumen bocor yang ditulis AGC yang menyatakan tak bersetuju dengan pendakwaan. 

    Beberapa fakta baharu (setebal) 200 halaman dikemukakan. Tentunya saya sebagai perdana Menteri tahu kesan dari tuduhan yang dilemparkan.

    “Saya terpaksa tanya panjang kepada AG (Idrus) kenapa keputusannya begitu, kenapa sekarang,” kata Anwar kepada wartawan selepas solat jumaat di Masjid Jamek Sri Petaling di Kuala Lumpur, hari ini.

    Menurutnya lagi, jika dia mempunyai pilihan atau kuasa, dia lebih gemar menangguhkan keputusan itu, terutama selepas pilihan raya kecil di Pulai dan Simpang Jeram esok dan Pelangai bulan depan.

    Tetapi menurut Anwar, Idrus berkeras mahu menyelesaikan kes itu sebelum dia bercuti dan bersara.

    “Peguam Negara tidak bersetuju kerana tarikh awal mahkamah adalah 4 haribulan dan 5 haribulan adalah hari terakhir beliau (menjadi peguam negara).

    “Dia (Idrus) tak mahu lepaskan tanggungjawab yang dia uruskan kepada yang lain. 

    “Saya tak boleh halang dan saya baca kenyataan sebahagiannya benar, sebahagiannya lahirkan rasa kesangsian dan minta penjelasan lanjut,” katanya.

    Susulan polemik yang berlaku, perdana Menteri bekata dia  tidak menyalahkan rakyat yang sebenarnya ingin penjelasan lanjut mengenai keputusan terbabit.

    ALSO READ:  Pasukan Petugas 1MDB mahu ambil tindakan ke atas bank asing

    “Tapi kalau kita baca 11 perkara yang dibentangkan di hadapan hakim dan hakim berpuas hati. Orang kata salahkan hakim atau nak bebankan hakim, tak ada.

    “Itu proses begitu rupa. Itu saja yang saya boleh sebut dalam kes ini.

    “Saya tak fikir ini adil untuk jatuhkan hukuman kerana suka atau tak suka terhadap orang politik. Semua kes berbeza tapi banyak kes yang terlepas, sama ada sebelum perbicaraan atau selepas perbicaraan. Tapi bersabar dan baca,”katanya.

    Mengulas dakwaan yang dia boleh mempengaruhi keputusan kes atas kapasiti sebagai perdana Menteri, Anwar berkata mereka yang berkenaan boleh membuat apa sahaja tohmahan.

    Namun yang jelas sepanjang tempoh sembilan bulan menerajui kerajaan, beliau tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara.

    Anwar juga melihat dakwaan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi tidak ada pilihan ketika membuat keputusan DNAA bagi kes tersebut sebagai tidak benar kerana badan kehakiman walaupun tertakluk kepada kertas pendakwaan tetapi masih mempunyai wewenang atau budi bicara dalam membuat keputusan.

    “Kadang-kadang dia ini ikut sedap kata saja. Jadi saya syorkan baca ketetapan daripada AG di hadapan hakim dan mengapa hakim kemudian bersetuju dengan usul. Ada yang mengatakan hakim tak ada pilihan. Itu tak benar,” katanya.

    Dalam hal yang sama Perdana Menteri berkata beliau tidak menyalahkan rakyat yang bangkit menuntut penjelasan terperinci berhubung keputusan AGC itu, malah dia sendiri terpaksa meminta penjelasan lanjut daripada Peguam Negara kerana fakta sebenar kes telah dimanipulasi pihak berkepentingan.

    “Ada yang mengatakan hakim tak ada pilihan. Itu tidak benar. Jadi, saya syorkan baca ketetapan daripada Peguam Negara yang dibacakan di hadapan hakim dan mengapa hakim kemudian rasa bersetuju dengan usul tersebut… janganlah kata ini arahan perdana Menteri dan sebagainya,” katanya.

    ALSO READ:  'Jom lepak mamak': Japan's ambassador extends unique National Day greetings to M'sians

    Pada 4 Sept, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

    Langkah itu diambil hakim Collin Lawrence Sequerah selepas pihak pendakwaan sendiri memohon untuk memberhentikan prosiding dengan memberikan 11 alasan.

    Permohonan itu dibuat timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts