Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDominic Lau buka pusat khidmat di Bayan Lepas

    Dominic Lau buka pusat khidmat di Bayan Lepas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selepas menimbulkan kontroversi dalam PN sendiri dan gagal merampas kerusi Bayan Lepas dari PH, Presiden Gerakan Dominic Lau, hari ini mengumumkan langkah terbarunya di kawasan dewan undangan Negeri (DUN) tersebut.

    Kurang dari tiga bulan dikalahkan dengan majoriti 1,889 undi Lau menyatakan dia membuka pusat khidmat masyarakat di Bayan Lepas.

    Bahkan ahli Dewan Negara itu mengarahkan anggota partinya agar mula bekerja pada kadar segera bagi menghadapai PRU ke-16.

    Lau yang juga Timbalan Presiden PN berkata, pembukaan pusat khidmat masyarakat itu adalah untuk memberi manfaat kepada penduduk Bayan Lepas.

    Selain itu kata Lau ia juga akan memudahkan dia dan pemimpin PN lain menyalurkan segala bantuan dalam bentuk perkhidmatan dan pembangunan masyarakat.

    “Dengan penubuhan pusat khidmat ini, saya dan pasukan dari PN serta Gerakan juga boleh membuat pemantauan dan perkhidmatan lanjut kepada komuniti Bayan Lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Kerusi DUN Bayan Lepas menjadi ‘panas’ apabila PN menetapkan Lau menjadi calon di situ dalam usaha mereka merampas Pulau Pinang daripada kerajaan perpaduan.

    Disebut-sebut pada awalnya bertanding di salah satu kerusi DUN Tasek Gelugor, Lau kemudian disahkan bertanding di Bayan Lepas ketika kerusi itu memang ditandingi PAS sejak sekian lama.

    Pemilihan Lau turut menyaksikan protes secara terbuka daripada pemimpin peringkat Negeri akar umbi PAS Pulau Pinang.

    Apabila pilihan raya Negeri diadakan pada 12 Ogos lalu Lau kalah kepada calon PH yang juga penyandang kerusi itu, Azrul Mahathir Aziz.

    Secara umumnya pembukaan sesebuah pusat khidmat memberi bayangan akan calon atau parti yang akan bertanding di sesebuah kawasan pada masa depan.

    Menurut Lau walaupun dua kalah pada Ogos lalu, dia sentiasa memastikan Gerakan dan PN menjadi pembangkang yang efektif dan membuat semak dan imbang segala tindak tanduk kerajaan.

    ALSO READ:  Parlimen kecoh MP Pendang dakwa Abu Hussin tiada integriti, ada isu peribadi

    “Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua ahli-ahli Gerakan supaya bermula bekerja dengan segera untuk menghadapi PRU ke-16,” katanya lagi.

    Menurut Lau pusat khidmatnya itu akan dirasmikan pada 2 Dis ini bagi memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkhidmatan yang disediakan.

    Lau juga berkata PN dan Gerakan Pulau Pinang akan memastikan pusat khidmat masyarakat yang diwujudkan itu menjadi platform untuk mereka menyarakan isu-isu rakyat yang tidak diberi perhatian oleh kerajaan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts