Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDOSM tambah 300 kaunter daftar Padu

    DOSM tambah 300 kaunter daftar Padu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) giat menyusun pelbagai strategi termasuk menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) berjalan lancar menjelang tarikh akhir pada 31 Mac ini.

    Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata hal itu sebagai persediaan bagi menampung 6,000 kaunter fizikal sedia ada di seluruh negara, yang digembleng bersama beberapa agensi termasuk Jabatan Penerangan, pihak berkuasa tempatan (PBT) badan bukan kerajaan (NGO) dan penggunaan lebih 900 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi menghadapi kesesakan yang dijangka berlaku pada hari tersebut.

    “Kita juga ingin memaklumkan bahawa pada hari terakhir tersebut, kaunter fizikal hanya akan mengeluarkan nombor sehingga 5 petang kerana kita tahu jika tiada waktu terakhir ini, akan masih ada yang datang pada saat akhir.

    “Bagaimanapun bagi kemas kini secara dalam talian ia berterusan sehingga 11.59 malam pada Ahad tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan pengoperasian kaunter fizikal PADU di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka di Melaka hari ini.

    Beliau berkata pertambahan kaunter fizikal itu susulan orang ramai dilihat lebih berpuas hati apabila mengisi di depan pegawai sedangkan mereka boleh mengisi secara dalam talian, khususnya dalam golongan umur pertengahan dan warga emas.

    “Bagi yang muda, golongan ini tidak begitu nampak di kaunter fizikal kerana mereka boleh layari sistem tersebut melalui perananti masing-masing untuk melakukan kemas kini dan secara purata, setiap hari lebih 350,000 orang mengemas kini maklumat masing-masing secara dalam talian atau hadir ke kaunter,” katanya.

    Setakat hari ini katanya sebanyak 8.79 juta penduduk Malaysia telah mengemas kini maklumat masing-masing dalam sistem PADU dan trend tersebut menyaksikan peningkatan mendadak sejak minggu lepas, sekali gus memberi petunjuk bahawa sasaran 50 peratus pendaftaran menjelang 31 Mac ini akan tercapai.

    ALSO READ:  Ethiopia earns more earnings from energy export

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts