Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDPMM: Laporan ekonomi negara kian pulih tak sama dengan realiti

    DPMM: Laporan ekonomi negara kian pulih tak sama dengan realiti

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kuasa membeli orang ramai kini semakin lemah dan keadaan itu berbeza dengan kenyataan pemimpin kerajaan yang melaporkan kedudukan ekonomi negara berada pada tahap yang memberangsangkan, dakwa Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Norsyahrin Hamidon.

    Menurut Norsyahrin, rumusannya itu berdasarkan input anggota-anggota DPMM yang berdepan dengan pengguna dan mendapati orang ramai mengambil sikap lebih berhati-hati dalam berbelanja untuk membeli barangan dan perkhidmatan.

    “Kita dengar di dada-dada akhbar mengatakan ekonomi semakin baik, jadi DPMM punya inisiatif kita turun ke bawah, kita nak dengar sendiri betul atau tidak apa yang dikatakan dan apa yang kita dapati tak sama.

    “Jadi, kalau kata ekonomi dah semakin bagus tapi bila kami turun ke bawah mereka katakan kuasa membeli, jualan semua menurun.

    Jadi, kos untuk jalankan perniagaan pun dah makin meningkat dengan kadar dasar semalaman OPR- nya, kadar nilai mata wang yang menyusut.

    “Malahan ada peniaga yang menyatakan bahawa sebagai contoh di pasar-pasar malam orang ramai kini lebih sekadar window shopping (tinjau barangan).

    “Ramai orang turun untuk pergi tetapi yang membeli hanya berapa kerat saja dan walaupun membeli mereka akan memilih yang betul-betul, berkira-kira apakah barang keperluan saja untuk dibeli tetapi barang mewah mereka dah semakin kurang (membeli),” katanya pada sidang media selepas menandatangani Perjanjian Persefahaman Usahasama dengan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) di Kuala Lumpur, hari ini.

    Mengulas lanjut, Norsyahrin berkata DPMM berharap kerajaan akan dapat menangani perkara ini.

    “DPMM rasakan ia perlu dibawa ke hadapan untuk pengetahuan pembuat dasar bahawa tolonglah jika sekiranya ada unjuran-unjuran kewangan, ekonomi yang dikeluarkan kerajaan maklumkan lebih dulu kepada usahawan-usahawan yang berada di bawah ini.

    ALSO READ:  PRK Jepak: Tanding atau tidak? Pendirian PKR belum jelas

    “Ini sebenarnya satu perkara yang perlu perhatian daripada pihak kerajaan untuk melihat sendiri kenapa data yang dikeluarkan selama ini tetapi ianya tidak turun sampai kebawah, rakyat di bawah ini merasakan kesusahan,” katanya.

    Mengulas lanjut, Norsyahrin juga berkata keadaan ekonomi negara juga turut dipengaruhi oleh kestabilan politik.

    Ahli politik sudah-sudahlah

    “Sebenarnya kalau kata kenapa pelabur luar tak masuk salah satu sebabnya adalah kerana kestabilan politik kitalah.

    “Kita harapkan dengan PRN yang baru lepas ini kita punya ahli politik sudah-sudahlah, fokuslah.

    “Rasanya, rakyat pun dah boleh terima dah sekarang ini kerajaan perpaduan maka lima tahun inilah ia akan ditadbir oleh kerajaan perpaduan.

    “Jadi, kita pun tak nak akan datang mungkin bulan depan akan ada kes-kes (peralihan kuasa) baru,” katanya.

    Justeru, Norsyahrin meminta semua parti politik baik dalam kerajaan mahu pun pembangkang untuk kurangkan berpolitik.

    “Kerana rakyat di bawah ini, usahawan-usahawan terkesan dengan apa yang berlaku,” katanya.

    Selain itu, Norsyahrin juga memberitahu keadaan ekonomi hari ini telah mengakibatkan lebih 30 peratus ahli perniagaan DPMM terjejas.

    “Boleh katakan jualan merosot 30 hingga 40 peratus berbanding tahun sebelum ini terutamanya secara keseluruhannya di kalangan ahli DPMM,” katanya ringkas.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts