Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDr Dzul: Naik taraf HKL dibuat berperingkat, elak perkhidmatan terjejas

    Dr Dzul: Naik taraf HKL dibuat berperingkat, elak perkhidmatan terjejas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pembangunan semula Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan dibuat secara berperingkat bagi mengelakkan perkhidmatan sedia ada terjejas, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

    Dzulkefly berkata pembangunan semula itu bagi terus mengangkat perananan HKL sebagai hospital rujukan utama dan memastikan ia terus menyediakan perkhidmatan perubatan berkualiti dan berkesan.

    “Pelan ini dibahagikan kepada dua komponen iaitu peranancangan pembinaan blok-blok baru dan penaiktarafan blok utama.

    “Pelan ini menitikberatkan usaha pembangunan HKL secara inklusif dan menyeluruh bagi terus mengangkat kegemilangan perananan HKL sebagai hospital rujukan utama awam negara, selain memastikan HKL kekal mapan menyediakan perkhidmatan perubatan berkualiti dan berkesan dalam memenuhi keperluan kesihatan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Dr Dzulkefly Ahmad

    Dzulkefly berkata fasa pertama melibatkan pembangunan semula Institut Pediatrik HKL (Hospital Tuanku Azizah 2, HTA2), fasa kedua dengan pembinaan blok surgikal manakala fasa ketiga untuk menaik taraf blok materniti.

    “Buat masa ini, cadangan projek HTA2 telah diluluskan dalam Rolling Plan Keempat (RP4) 2024 untuk kerja-kerja awalan penyediaan skop projek dan anggaran kos pembangunan,” katanya lagi.

    Rancangan 15-20 tahun

    Mengulas lanjut, dia berkata penaiktarafan blok utama memerlukan kerja naik taraf sistem intrastruktur secara menyeluruh bagi memenuhi keperluan semasa seperti sistem elektrik dan keselamatan, gas perubatan, sistem perpaipan air, lif, telekomunikasi dan pembentungan.

    Ia melibatkan 12 wad dan sebahagian Jabatan Sokongan Klinikal di bangunan utama, katanya lagi.

    “Kementerian Kesihatan mempunyai hasrat untuk memasang sistem pendingin hawa di wad-wad sedia ada. Sehubungan itu, pemasangan akan didahului dengan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal agar dapat menampung pemasangan pendingin hawa.

    “Pada masa sama, kerja-kerja pemasangan kipas dan penambahan bukaan tingkap akan dibuat bagi memastikan pengudaraan di wad-wad lebih efisien untuk keselesaan pesakit dan petugas kesihatan,” katanya.

    ALSO READ:  Gaji naik: Penjawat awam diharap laksana reformasi k'jaan Madani - KSN

    Dia yang juga ahli parlimen Kuala Selangor berkata rancangan 15-20 tahun itu turut mengambil kira aspek rawatan penyakit berjangkit dan pemasangan sistem penghawa dingin di wad, termasuk wad kelas tiga.

    Pada khamis lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan meneliti keperluan menyegerakan penambahbaikan wad kelas tiga di hospital itu.

    “Kita lihat sendiri macam kawasan wad kelas tiga itu panas sikit dan sesak, dan Menteri (Dr Dzulkefly) akan bawa untuk perhatian Jemaah Menteri agar kita segerakan mana yang perlu,” katanya.

    Justeru, Dzulkefly berkata penaiktarafan dan penyelenggaraan wad kelas ketiga akan dipercepat bagi meningkatkan keselesaan pesakit dan petugas kesihatan.

    “Pembinaan blok-blok baru akan menyumbang kepada tambahan bilangan katil serta prasarana hospital yang lebih kondusif dan selesa bagi perawatan pesakit, persekitaran kerja petugas kesihatan serta keselesaan pelawat,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts