Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDr Dzul sedar dan insaf keluhan doktor

    Dr Dzul sedar dan insaf keluhan doktor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan supaya menempatkan semula doktor pelatih (HO) di hospital daerah yang memerlukan dengan kadar segera.

    Menerusi hantaran di laman X, beliau berkata segala langkah penambahbaikan jangka sederhana dan panjang juga sedang dilaksana oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

    “Saya amat sedar dan insaf dengan keluhan para petugas saban hari dan minggu. Dengan 147 hospital KKM dan lebih 3,000 klinik kesihatan di seluruh negara, pasti banyak aduan akan saya terima.

    “Teruskan menghantar maklum balas dan kritikan (hanya elakkan kata-kata yang mengundang dosa).

    “Saya akan terus ambil perhatian dan bertindak, sementara meneruskan pelbagai pembaharuan saya,” katanya.

    Dzulkefly mengulas isu tular di laman sosial berkaitan hantaran gambar keluhan petugas perubatan yang ditulis di papan putih dipercayai berlaku di sebuah hospital di Kedah yang memohon maaf kepada pesakit kerana perlu menunggu lama untuk berjumpa doktor.

    Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam kenyataan malam ini memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.

    Beliau berkata pembahagian sumber manusia di peringkat KKM dalam kategori pakar dan Pegawai Perubatan di seluruh hospital KKM adalah selari dengan beban tugas semasa manakala penempatan Pegawai Perubatan di sesebuah hospital pula ditentukan oleh Pengarah Hospital mengikut justifikasi dan keperluan semasa.

    Prihatin, terbuka cadangan

    Dr Norizan juga berkata perkhidmatan Klinik-klinik Pakar di Hospital Berpakar adalah melalui sistem janji temu secara berperingkat dan berjadual bagi mengelakkan isu masa menunggu yang panjang.

    ALSO READ:  Jordan plans to build major solar panel factory

    “Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengambil maklum akan isu tular di media sosial berkaitan satu notis yang dipaparkan di Klinik Pakar Pembezahan di sebuah Hospital Berpakar di Negeri Kedah.

    “Untuk makluman semua, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sentiasa komited dan prihatin dengan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang bermutu kepada pelanggan tanpa menjejaskan kebajikan anggota bertugas.

    “Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sentiasa terbuka untuk sebarang cadangan dan pandangan melalui saluran yang betul demi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada pelanggan,” katanya.

    – Bernama


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts