Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDr Dzul: Tiada laporan keracunan makanan di bazar setakat ini

    Dr Dzul: Tiada laporan keracunan makanan di bazar setakat ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menerima sebarang laporan kes keracunan makanan di bazar Ramadan di seluruh negara setakat ini, kata menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

    Dr Dzulkefly berkata perkara itu adalah satu petanda baik memandangkan KKM telah melaksanakan 183 sesi taklimat kebersihan premis makanan dan pengendalian makanan yang selamat kepada pemilik gerai sebelum Ramadan lagi.

    Katanya, taklimat yang bermula sejak awal Febuari itu melibatkan 70,334 pemilik gerai di 1,299 tapak bazar Ramadan yang dikenal pasti di seluruh negara pada tahun ini.

    “Itu (tiada laporan keracunan makanan) petanda baik kerana sejak Februari lagi kita telah mulakan kesiapsiagaan, kita telah mula sesi penerangan dan latihan buat pemilik serta pengendali makanan,” katanya.

    Dr Dzulkelfy berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2024 di Putrajaya hari ini.

    Dia berkata sebelum Ramadan, KKM juga telah memeriksa 324 premis penyediaan makanan termasuk kilang ais di semua Negeri.

    “Pemeriksaan premis makanan itu juga meliputi premis yang menyediakan bufet berbuka puasa seperti restoran dan hotel.

    “Pemantauan secara sistematik di sepanjang rantaian makanan ini meliputi pemeriksaan premis pembekal bahan mentah termasuk kilang ais dan premis penyediaan makanan bagi peniaga yang telah dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

    Sementara itu Dr Dzulkefly berkata KKM meneruskan penggunaan kod QR bagi maklum balas kebersihan dan keselamatan makanan di Bazar Ramadan Putrajaya tahun ini.

    “Ia bagi memudahkan pengguna menyalurkan sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di bazar sekitar Putrajaya.

    “KKM ingin menegaskan kepada peniaga agar memandang serius aspek kebersihan dan keselamatan makanan serta bekerjasama memastikan makanan yang dijual adalah selamat dan berkualiti untuk semua,” katanya.

    ALSO READ:  Kembalikan semula Mitra di bawah JPM - Ramanan

    Mengenai laporan makanan mengandungi telur lalat di bazar Ramadan di Melaka, dia berkata KKM akan menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

    “Kita pasti membuat siasatan dan mengharapkan laporan mana-mana pihak, KKM pasti ambil tindakan,” katanya.

    Semalam, media tempatan melaporkan seorang wanita meluahkan kekecewaan apabila mendakwa sup daging yang dibelinya di sebuah bazar Ramadan Semabok, Melaka, mengandungi telur lalat.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts