Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDr M: Adakah Anwar dan keluarga juga diarah jelaskan semua harta?

    Dr M: Adakah Anwar dan keluarga juga diarah jelaskan semua harta?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan SPRM berhubung dakwaan siasatan terhadap kekayaannya.

    Bekas perdana Menteri itu turut mempersoalkan sama ada SPRM juga mengarahkan seterunya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan keluarga untuk menjelaskan harta, seperti yang dilakukan terhadap anak-anaknya.

    SPRM kini sedang dalam proses menuntut pengisytiharan aset daripada dua anak Mahathir – Mokhzani dan Mirzan.

    Bagaimanapun, kedua-duanya mendakwa Mahathir adalah sasaran sebenar siasatan rasuah itu – satu dakwaan yang tidak disahkan atau dinafikan oleh SPRM.

    Dalam kenyataannya hari ini, Mahathir berkata bahawa notis SPRM yang dihantar kepada Mirzan menyatakan bahawa suruhanjaya itu mendapati dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM, yang meliputi penyalahgunaan kuasa.

    “Setakat saya tahu saya tidak pernah disiasat. Tetapi notis SPRM menyatakan saya melaku kesalahan,” katanya.

    Mahathir berkata bahawa dia telah memulakan saman fitnah terhadap Anwar tahun lepas kerana dakwaan dia mempunyai harta berbilion ringgit.

    “Hingga sekarang Anwar tidak dapat tunjuk bukti saya memiliki berbillion Ringgit.

    “Ini bermakna hingga sekarang saya belum didapati bersalah. Jika SPRM ada bukti tunjuklah,” katanya.

    Sementara itu, Mahathir turut menimbulkan persoalan mengenai kekayaan Anwar, merujuk kepada akuan berkanun oleh bekas penolong gabenor Bank Negara Abdul Murad Khalid pada Oktober 1999 yang mendakwa Anwar mempunyai kira-kira RM3 bilion dalam 20 akaun peribadi yang berasingan.

    SPRM pada Januari lalu berkata bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum ini telah menyiasat dakwaan terhadap Anwar itu ketika Mahathir menjadi perdana Menteri.

    Siasatan mendapati tiada kes terhadap Anwar.

    Bekas perdana Menteri itu bagaimanapun tidak berpuas hati dengan perkara ini.

    “Walaupun Anwar tidak didapati bersalah, kenapa statutory declaration (akuan berkanun) Murad tidak ditarik balik?

    ALSO READ:  Pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi 1999 dibentang minggu depan

    “Apakah isteri dan anak-anak Anwar diarah menjelaskan semua harta mereka?” soalnya.

    Pada 2012, dilaporkan Murad menarik balik akuan berkanun dan menuduh BPR memaksa dia menandatangani dokumen tersebut.

    Sementara itu, Anwar, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan anak sulung mereka Nurul Izzah telah mengisytiharkan harta sebelum pilihan raya umum ke-15, sebagai sebahagian daripada usaha PKR untuk membuktikan ketelusannya.

    Anwar sendiri mengisytiharkan pada masa itu aset bersih sebanyak RM11.18 juta.

    Aset bersih Wan Azizah ketika itu ialah RM1.36 juta manakala aset bersih Nurul Izzah ketika itu ialah RM808,761.

    Pengisytiharan aset awam terakhir Mahathir pada 2019 meletakkan asetnya pada masa itu berjumlah RM32.2 juta.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts