Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDr M cari alasan, sedar dosa hilang wilayah tak boleh maaf -...

    Dr M cari alasan, sedar dosa hilang wilayah tak boleh maaf – Puad

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pemimpin Umno percaya Dr Mahathir Mohamad sedang mencari alasan untuk menolak Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pulau Batu Puteh kerana sedar dosa kehilangan wilayah amat besar dan tidak boleh dimaafkan.

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi berkata bantahan peguam Mahathir terhadap pelantikan Md Raus Sharif sebagai pengerusi RCI umpama takut kepada bayang-bayang sendiri.

    “Sebab itu bantahan Tun M tidak perlu dilayan. Rakyat mahu tahu kenapa Tun M batal rayuan semakan keputusan Pulau Batu Putih. Ia amat misteri.

    “Kenapa tidak dibawa ke Kabinet? Kenapa buat keputusan (dibuat) tergesa- gesa. Peguam Negara ketika itu pula dipaksa cuti (force leave)?

    “Tun M cari alasan untuk mengelak RCI. Dia tahu dosa kehilangan wilayah amat berat dan tidak boleh dimaafkan ke anak cucu,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

    Pada 16 Feb lalu, Malaysiakini melaporkan Mahathir mungkin memulaukan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan jika ia terus diterajui oleh bekas ketua hakim negara Md Raus Sharif.

    Peguam Mahathir, Rafique Rashid berkata dia tiada pilihan lain kecuali menasihatkan Mahathir tidak menyertai RCI tersebut atas alasan Md Raus mempunyai konflik kepentingan dalam kes itu.

    “Sesuatu RCI itu sewajarnya dilihat bersih dan tidak memihak agar orang awam tidak akan mempersoalkan kewibawaan dapatan RCI tersebut.

    Tun Md Raus Sharif menerima watikah perlantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

    “Namun, pelantikan Tun Md Raus Sharif sebagai pengerusi RCI Batu Puteh ini telah mewujudkan satu bahaya bias yang sebenar yang akan mencemarkan keseluruhan prosiding RCI tersebut serta akan menjejaskan kewibawaan dapatannya,” katanya.

    Dalam pada itu, Mohd Puad berkata Mahathir tidak layak bercakap soal konflik kepentingan, mendakwa bekas perdana Menteri itu orang yang banyak diselubungi konflik ketika di puncak kuasa.

    ALSO READ:  PM mulls suing Goldman Sachs over 1MDB, says report

    “Dia melantik Datuk Mohd Shukri Abdul yang sudah bersara sebagai ketua pesuruhjaya SPRM. Kemudian lantik Latheefa Koya (orang politik) ganti Shukri.

    “Perlantikan Richard Malanjun ketua hakim negara menggantikan Tun Raus juga kontroversi.

    “Bahkan perlantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai ketua polis negara secara kontrak juga dipertikaikan,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts