Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDr M sepatutnya jadi ejen perpaduan - Aaron

    Dr M sepatutnya jadi ejen perpaduan – Aaron

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pemimpin politik sepatutnya menjadi contoh dalam memperkukuhkan nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan, kata Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.

    Dalam satu kenyataan semalam, beliau menyatakan bahawa semua lapisan masyarakat termasuk pemimpin politik perlu mengelak dari membuat sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum sehingga menimbulkan kebencian.

    Beliau merujuk kepada kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa bahawa masyarakat India di Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih terikat dengan negara asal mereka.

    “Beliau sebagai seorang negarawan yang telah bersama-sama membina negara bangsa ini sepatutnya menjadi agen perpaduan negara dalam menyebarkan mesej kebersamaan.

    “Saya sangat kecewa dan mengutuk keras kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir,” katanya.

    Sebuah portal semalam melaporkan Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan itu melalui sesi temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV.

    Aaron menyatakan bahawa negara ini telah dibina atas dasar kebersamaan melalui kontrak sosial yang telah membawa kepada kemerdekaan.

    Beliau menyatakan bahawa, untuk menyatupadukan rakyat negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, etnik dan budaya, pemimpin terdahulu telah menyokong wadah integrasi nasional berbanding asimilasi.

    “Kini sudah pun lebih 60 tahun merdeka, rakyat masih mengekalkan nilai perpaduan dalam kepelbagaian sebagai resam hidup,” katanya.

    Beliau turut menasihati semua lapisan masyarakat agar mempelajari, memahami dan mengambil teladan daripada peristiwa sejarah yang dilalui Malaysia supaya perpaduan serta keharmonian antara kaum yang dikecapi ketika ini dapat terus dinikmati.

    “Ingatlah, kepelbagaian itu adalah kelebihan dan kekuatan,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts