Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDr M tak sihat, bicara kes saman pada Zahid ditangguhkan

    Dr M tak sihat, bicara kes saman pada Zahid ditangguhkan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perbicaraan kes saman yang difailkan oleh Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung isu ‘kutty’ yang dijadualkan hari ini, telah ditangguhkan hingga 19 Julai depan.

    Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong telah membenarkan penangguhan tersebut susulan permohonan peguam Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi, yang memberitahu bahawa anak guamnya tidak sihat.

    Mior Nor Haidir telah memaklumkan bahawa bekas perdana Menteri itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak 26 Januari lepas dan IJN telah menghantar surat kepada mahkamah memaklumkan bahawa anak guamnya tidak sihat untuk hadir ke mahkamah hari ini.

    “Anak guam kami diberi sijil cuti sakit oleh IJN dari 26 Januari hingga 18 Februari ini.

    “Kami memohon supaya perbicaraan hari ini ditangguhkan,” kata Mior Nor Haidir yang turut dibantu oleh peguam Rafique Rashid Ali.

    Peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili Ahmad Zahid kemudian mencadangkan agar perbicaraan kes itu bermula pada bulan Oktober.

    Mahkamah kemudian membenarkan penangguhan tersebut dan menetapkan tarikh baru perbicaraan pada 19 Julai, 26 dan 27 Ogos serta 29 dan 30 Oktober ini.

    Sementara itu, Mior Nor Haidir telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak plaintif mengemukakan dua orang saksi iaitu Mahathir dan anaknya Mukhriz untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes berkenaan.

    Mohamed Shahrul Fazli pula berkata bahawa Ahmad Zahid, yang juga merupakan timbalan perdana Menteri, dan seorang lagi saksi sepina akan memberi keterangan pada perbicaraan nanti.

    Berdasarkan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 20 Julai 2022, Mahathir mendakwa bahawa Ahmad Zahid telah mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya semasa mesyuarat Umno Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.

    ALSO READ:  Lepas tarik rayuan di mahkamah, Dusuki sindir Mujahid

    Kenyataan tersebut kemudian diterbitkan semula di YouTube Astro Awani dan beberapa portal berita dalam talian yang boleh diakses oleh pengguna Internet tanpa sebarang sekatan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts