Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDr M turun demo: Cukuplah Tun, kata Puad

    Dr M turun demo: Cukuplah Tun, kata Puad

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zakarshi menasihati Dr Mahathir Mohamad supaya berehat selepas imej bekas perdana Menteri itu “terus merudum”.

    Malah katanya Mahathir boleh membiarkan anaknya Mukhriz untuk meneruskan legasinya.

    “Untuk kekal relevan Tun M sanggup menyertai demonstrasi di hadapan Istana negara semalam.

    “Selepas buat kejutan luar biasa di PRU ke 14 imej Mahathir terus merudum. Macam-macam dia buat. Dia tubuh parti Pejuang. Akhirnya dia hilang deposit di Langkawi.

    “Tidak mungkin Mahathir ada penyakit ‘Alzheimer politik’?” katanya dalam kenyataan di media sosial, hari ini.

    Antara peserta yang menyertai demo itu

    Semalam Mahathir dilaporkan menyertai himpunan antikerajaan di hadapan Istana Negara, di Kuala Lumpur bersama aktivis NGO.

    Pada Isnin lalu, pemimpin veteran itu juga mengadakan sidang media susulan siasatan pihak berkuasa ke atas anaknya, Mirzan.

    Dia antara lain mengakui risau memikirkan nasib Mirzan yang sedang disiasat, yang didakwanya sebagai  tindakan terpilih pihak berkuasa.

    Dakwanya, notis arahan pengisytiharan harta yang berikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini sebagai tidak masuk akal

    Sementara itu Puad berkata sidang media itu membuktikan Mahathir tidak keruan kerana tertekan Mirzan disiasat.

    “Banyak kejayaan Mahathir sebelum ini termasuk menumbangkan kerajaan BN. Cukuplah Tun.

    “Biar Mukriz dan anak muda lain teruskan legasinya. Berehatlah,” ujarnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts