Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDr M ucap selamat berpuasa dari IJN

    Dr M ucap selamat berpuasa dari IJN

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau masih menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan yang dialami sejak Januari lalu. Bagaimanapun, beliau menyatakan kesihatannya semakin pulih berkat doa yang diberikan serta usaha gigih para doktor, jururawat, dan staff di IJN.

    “Saya harap dalam masa terdekat dapat saya pulih semula seperti biasa dan dibenarkan pulang ke rumah. Setakat ini, kadang-kadang saya dibenarkan pulang sekejap atau ‘home leave’ oleh pakar di sini, tetapi tetap perlu bermalam di IJN,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

    Beliau dan isteri, Siti Hasmah Mohd Ali turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadan kepada semua umat Islam.

    “Alhamdulillah dapat kita bertemu dan diberi peluang melakukan ibadah dan amalan sempena bulan yang amat istimewa bagi umat Islam. Saya ingin ambil peluang ini untuk ucap terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan saya serta Hasmah, dan kesejahteraan kami berdua.

    “Selamat berpuasa. Saya berdoa semoga amal ibadat dan usaha kita di bulan yang istimewa ini akan dirahmati dan diberkati Allah SWT insya-Allah,” kata Mahathir yang menjadi perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh.

    Pada 20 Februari lalu, pentadbir media sosial Mahathir menafikan khabar angin mengatakan bekas perdana Menteri berusia hampir 100 tahun itu sedang tenat dan berkongsi gambar dia sedang membaca akhbar dan menulis.

    Mahathir dimasukkan ke IJN pada 26 Januari akibat jangkitan, yang menyebabkan perbicaraan kes saman fitnahnya terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pada 13 Februari ditangguhkan kepada 19 Julai.

    Saman fitnah itu berkaitan dengan kenyataan berhubung isu “kutty”.

    Mahathir, yang merupakan perdana Menteri paling lama berkhidmat di negara ini, mempunyai sejarah penyakit jantung dan pernah menjalani beberapa pembezahan jantung pada masa lalu.

    ALSO READ:  'Hanya calon BN boleh jual nama Long Nan'
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts