Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDua anggota polis direman disyaki samun, rogol pelajar Uzbekistan

    Dua anggota polis direman disyaki samun, rogol pelajar Uzbekistan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis Selangor menahan dua anggotanya selepas disyaki terlibat dalam kes samun dan merogol membabitkan mangsa seorang pelajar lelaki dan perempuan sebuah kolej swasta.

    Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan (gambar judul) berkata mangsa lelaki merupakan warganegara dan rakannya bukan warganegara manakala kedua-dua suspek ditangkap semalam dan direman selama seminggu.

    “Kejadian berlaku pada 9 Jan (Selasa) lalu kira-kira jam 10 malam, ketika itu mangsa berada di Bukit Ampang View ditahan dua suspek lelaki yang lengkap beruniform.

    “Suspek bertindak membawa kedua-dua mangsa ke tempat berasingan dalam kejadian tersebut.

    “Salah seorang suspek telah bertindak merogol mangsa wanita, manakala mangsa lelaki dibawa ke bank kerana perlu menjelaskan bayaran yang diminta kedua-dua suspek atas kesalahan lalu lintas,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

    Dalam pada itu, China Press melaporkan pelajar perempuan berkenaan warganegara Uzbekistan berusia 17 tahun.

    Mengulas lanjut, Hussein berkata bagi kes berkenaan dua kertas siasatan dibuka mengikuti Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

    Menurutnya, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

    “Bagi kesalahan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan hukuman penjara maksima 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat,” katanya.

    Tambahnya, siasatan kes masih dijalankan dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat dengan kejadian ini boleh hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di talian 03-42897222 bagi membantu siasatan.

    “Pihak polis juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dalam mana-mana kes jenayah ataupun mana-mana salah laku dan siasatan akan dijalankan secara telus,” tegas Hussein.

    ALSO READ:  Rights group accuses Vietnam misleading US on human trafficking
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts