Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDua anggota polis ditahan kerja hingga siasatan kes samun, rogol selesai

    Dua anggota polis ditahan kerja hingga siasatan kes samun, rogol selesai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dua anggota polis peronda yang ditahan kerana disyaki terlibat kes samun dan rogol seorang penuntut sebuah kolej swasta di Bukit Ampang View di Kuala Lumpur, kini ditahan kerja hingga siasatan kes berkenaan selesai.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu.

    “Ya, kedua-dua mereka ditahan kerja sementara siasatan jenayah dan siasatan tatatertib dilengkapkan,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Beliau berkata polis juga akan mengambil keterangan semua individu terlibat termasuk penyelia dua anggota polis terbabit.

    Dalam kejadian pada Selasa lepas, kedua-dua anggota polis berpangkat Konstabel dan Lans Koperal berumur antara 20-an hingga 30-an itu dipercayai membawa penuntut dan rakan lelakinya ke tempat berasingan sebelum seorang daripada mereka bertindak merogol mangsa.

    Kedua-dua anggota itu direman hingga Selasa ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts