Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDua lelaki bermotosikal lepas tembakan di Pasir Mas

    Dua lelaki bermotosikal lepas tembakan di Pasir Mas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dua lelaki tidak dikenali telah melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai dua buah kenderaan di Pasir Mas, awal pagi semalam.

    Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes tembakan tersebut yang berlaku sebuah rumah di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas.

    Menurutnya, ketika kejadian pengadu bersama sepupunya terjaga dari tidur selepas mendengar bunyi tembakan di luar rumah kira-kira jam 3.00 pagi dan melihat dua lelaki dipercayai pelaku melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Y15.

    “Pengadu bersama sepupunya terdengar bunyi empat das tembakan dilepaskan di luar rumahnya. Mereka kemudian bangun dan melihat dari pintu utama terdapat dua lelaki menaiki sebuah motosikal memecut laju ke arah Bunut Susu, Pasir Mas.

    “Pengadu mendapati kereta milik sepupunya jenis Perodua Viva warna ungu telah ditembak dan terkena cermin belakang kereta dan sisi kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati sebuah Perodua Viva milik sepupu pengadu telah ditembak pada bahagian cermin belakang dan sisi kiri. Manakala, sebuah kenderaan lain jenis Mitsubishi Triton pula telah ditembak di bahagian fender kiri.

    Pihak polis turut menjumpai empat kelongsong peluru jenis 9mm di jalan berhadapan rumah mangsa.

    Muhamad Zaki berkata kes disiasat di bawah seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan seksyen 427 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts