Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh akauntan

    Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh akauntan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis telah menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang akauntan sebuah syarikat swasta yang ditemui di tepi Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru di Kuala Lumpur, Isnin lepas.

    Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata kedua-dua mereka yang berusia antara 25 hingga 35 tahun itu ditahan semalam di sekitar Lembah Klang dan merupakan rakan kepada mangsa.

    “Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kedua-dua individu ini direman bermula semalam hingga 18 Disember ini.

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau menyatakan bezah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan pukulan objek tumpul di beberapa bahagian badan namun lokasi kejadian masih belum dikenal pasti.

    Terdahulu, lelaki berusia 28 tahun itu ditemui mati dalam keadaan tertiarap dan tidak berpakaian oleh orang awam kira-kira 6 pagi, 11 Disember lepas.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts