Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDua Menteri dijadual hadiri program 'kepung' Kedutaan AS

    Dua Menteri dijadual hadiri program ‘kepung’ Kedutaan AS

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) menyasarkan 1,000 peserta hadir pada hari terakhir kempen ‘kepung’ Kedutaan AS hari ini selepas ia berlangsung selama enam hari lalu.

    Menurut poster SSP, himpunan mereka akan bermula dari jam 8 malam di kawasan parkir MAPS di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, dan terletak kira-kira 200 meter dari bangunan kedutaan terbabit.

    Ia akan berlanjutan sehingga ke ambang tahun baru.

    Berdasarkan poster yang sama, beberapa nama besar dijadual membuat penampilan termasuk Presiden Amanah yang juga Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Mohamad Sabu, serta Naib Presiden PKR dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

    Tidak ketinggalan, Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan, ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Sheikh Omar Bagharib Ali, Setiausaha Agung Muda Amir Hadi, dan bekas Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan.

    Jurucakap SSP, Tian Chua memberitahu Malaysiakini, pihaknya menganggap demonstrasi enam hari tersebut sebagai satu kejayaan yang memberangsangkan, dan mencerminkan nasib rakyat Palestin.

    “Kami bertegas mendirikan khemah kerana ia menggambarkan keadaan hidup penduduk di Gaza. Tetapi pada masa sama kami memberitahu bahawa pengalaman ini adalah jauh lebih ringan berbanding apa dialami rakyat Palestin.

    “Di sini, paling teruk yang kita dapat adalah basah (akibat hujan) tetapi tak ada bom dan peluru yang melayang dari langit. Tiada siapa yang mempertaruhkan nyawa mereka. Pengalaman ini penting untuk dilalui,” katanya.

    Tian juga mengakui mungkin wujud beberapa kelemahan dalam kempen tersebut ekoran ia diadakan pada musim cuti, selain kekangan hujan, namun menganggap ia adalah pengalaman yang baik buat mereka.

    “Saya mengambil masa beberapa jam terakhir (tahun) ini untuk menggesa sesiapa sahaja menyertai kiraan detik (tahun baru) kami.

    ALSO READ:  Jho Low buka akaun 3 bulan sebelum terima dana 1MDB - saksi

    “Lupakan seketika membeli-belah dan muzik, konsert, apa sahaja. Mari kita luangkan sedikit masa untuk menginsafi penderitaan rakyat Palestin,” katanya.

    SSP terdiri daripada 35 pertubuhan sivil, 15 kumpulan pelajar dan 13 parti politik.

    Gerakan itu dijalankan sebagai reaksi kepada veto AS ke atas usul Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mendesak gencatan senjata dilaksanakan di Gaza ketika wilayah Palestin itu terus diserang Israel.

    Penunjuk perasaan memasang beberapa khemah di tepi Jalan Tun Razak, di bawah jejantas bertentangan dan ‘berkampung’ di situ sepanjang ‘kepungan’ berkenaan.

    Seorang daripada penunjuk perasaan terbabit, Mythreyar, berkata pada mulanya dia merancang untuk hadir di situ selama satu hari saja namun menukar fikiran selepas menyaksikan sokongan besar terhadap gerakan berkenaan.

    Justeru kata ahli perniagaan dari Tanjong Malim, Perak, itu dia pulang seketika pada hari kedua untuk mengemas pakaian sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk menyertai yang lain berkhemah di situ.

    “Saya orang Tamil dan isu ini dekat dengan saya, kerana situasi yang sama berlaku di Sri Lanka. Tamil Eelam telah dihapuskan dan bom dibekalkan oleh Israel.

    “Apa yang berlaku kepada rakyat Palestin bukan soal kaum atau agama, tetapi hak asasi manusia,” katanya kepada Malaysiakini.

    Menceritakan pengalamannya selama enam hari itu, dia berkata ia membuka mata ramai terhadap nasib rakyat Palestin di Gaza yang tidak dapat hidup aman di tanah air sendiri.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts