Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDua rakan mengaku salah bawa 50 sumbu badak

    Dua rakan mengaku salah bawa 50 sumbu badak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dua rakan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan menyimpan 50 unit sumbu badak sumbu, hidupan liar yang dilindungi tanpa permit khas, tiga tahun lepas.

    Mohamad Sukry Wahab, 29, dan Muhammad Hafiszan Naser, 29, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

    Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, mereka didakwa bersama-sama menyimpan tanpa permit khas 49 unit sumbu square-lipped rhinoceros (Ceratotherium simum) dan satu unit sumbu black rhinoceros (Diceros bicornis) iaitu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

    Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di dalam lori di tepi jalan, bulatan masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 9.15 malam, 9 September 2021.

    Pertuduhan mengikut Seksyen 68(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 68(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

    Mahkamah menetapkan 24 April ini untuk fakta kes dan jatuh hukuman.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Perhilitan Cheras Wan Nur Muhammad Ehsan manakala kedua-dua OKS diwakili peguam Aqeeb Lizalman dan Abdul Aziz Hamzah.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts