Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDua tahun lalu, ahli parlimen PH juga berarak tanpa kebenaran polis

    Dua tahun lalu, ahli parlimen PH juga berarak tanpa kebenaran polis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Isu notis dan “kebenaran” untuk mengadakan perhimpunan kembali diperkatakan, selepas Perikatan Nasional (PN) mengumumkan untuk menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini.

    Malah seorang ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) menggunakan hujah “permit”, dengan mengatakan PN perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA).

    Namun, pada dua tahun lalu, barisan ahli parlimen PH – termasuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail – menyertai perarakan yang menurut polis tidak mematuhi PAA.

    Ia ketika PH bersama-sama ahli parlimen pembangkang pada masa itu berarak ke bangunan Parlimen pada 2 Ogos 2021 bagi mendesak perdana Menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin dan kabinetnya agar letak jawatan.

    Desakan itu selepas keputusan Muhyiddin menggantung Parlimen ketika penularan wabak Covid-19.

    Perarakan ketika itu dihalang pasukan polis yang menyekat laluan masuk ke Parlimen.

    Ketua polis Kuala Lumpur ketika itu, Azmi Abu Kassim menyifatkan perarakan itu sebagai “perhimpunan haram” dan berkata pihaknya tidak diberi makluman lima hari lebih awal, seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 9 PAA.

    Nik Nazmi Nik Ahmad – kini Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim – menyifatkan sekatan polis itu adalah ekoran kerajaan yang “bersikap angkuh”.

    Selain Anwar, Saifuddin dan Nik Nazmi, turut menyertai protes itu adalah Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Menteri Sumber Manusia V Sivakumar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

    Susulan perarakan itu, Anwar, Saifuddin dan beberapa lagi ahli parlimen dipanggil memberi keterangan kepada polis atas dakwaan gagal mematuhi PAA.

    Pada Jun lalu, Saifuddin memberitahu Dewan Rakyat yang kerajaan tiada hasrat untuk meminda Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012 dan mengurangkan tempoh lima hari pemberitahuan polis yang diwajibkan sebelum perhimpunan awam.

    ALSO READ:  Love and prayer: Catholic Sabahans keep it simple as Valentine's Day and Ash Wednesday fall on same day

    Isu peruntukan dalam PAA timbul selepas pengumuman PN untuk mengadakan perhimpunan sempena Hari Malaysia iaitu pada 16 September, bagi membantah penarikan balik pertuduhan jenayah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

    Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay berkata PN perlu menghantar notis lima hari sebelum perhimpunan, serta mendapat kebenaran daripada pemilik premis.

    Dia turut mengingatkan tindakan akan diambil jika PAA tidak dipatuhi.

    Sementara itu, Ahli Parlimen Batu P Prabakaran – yang turut menyertai perarakan pada 2 Ogos 2021 – berkata dia berharap PN akan mematuhi undang-undang dan memohon kebenaran polis.

    Selain PN, Muda juga dilaporkan merancang untuk mengadakan perhimpunan, juga bagi membantah penarikan balik kes Zahid, namun belum memutuskan untuk bekerjasama dengan PN atau tidak.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts