Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDua termasuk CEO GLC didakwa subahat, terima rasuah RM350,000

    Dua termasuk CEO GLC didakwa subahat, terima rasuah RM350,000

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dua individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Seremban hari ini atas pertuduhan menyubahat dan menerima suapan sebanyak RM350,000 untuk membantu sebuah syarikat yang dilantik melakukan kerja-kerja menaik taraf di Kompleks Bangunan Getah Asli, Kuala Lumpur.

    Pertuduhan ke atas CEO, Mohd Zamry Sulaiman, 52, dan Anuar Md Isa, 54, yang bekerja sendiri dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

    Mohd Zamry didakwa menyubahat bersama Anuar secara rasuah menerima suapan wang RM250,000 dan RM100,000 daripada seorang lelaki sebagai upah membantu sebuah syarikat yang dilantik untuk melakukan kerja-kerja menaik taraf sistem mekanikal dan elektrikal di Kompleks Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur bagi Tetuan Lembaga Getah Malaysia (LGM).

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Senawang, Seremban pada 1 Jun dan 11 Okt 2022 mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) akta sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta serupa.

    Anuar pula dituduh secara rasuah menerima suapan wang berjumlah RM350,000 melalui cek daripada individu sama dalam akaun bank miliknya sebagai upah bagi membantu syarikat berkenaan untuk tujuan serupa di lokasi dan tarikh yang sama.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) akta yang sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) dengan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika kesalahan disabitkan.

    Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Abd Muntaqim Abdul Aziz dan Fatin Farhana Ismail.

    ALSO READ:  Soccer-Bayern's new sports chief Eberl still hopes for title this season

    Mohd Zamry diwakili oleh peguam A Ashok dan V Muniandy manakala peguam Azrul Zulkifli Stork mewakili Anuar.

    Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah selain melapor diri di Pejabat SPRM yang terdekat pada setiap bulan dan menetapkan 12 Disember untuk sebutan kes.

    Sumber: Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts