Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDua terperangkap, kereta dihempap pokok di Alor Setar

    Dua terperangkap, kereta dihempap pokok di Alor Setar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dua terperanangkap selepas kereta dinaiki mereka dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar petang tadi.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata pihaknya yang menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.43 petang tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian.

    Dalam kenyataan di Alor Setar beliau berkata sebaik tiba di lokasi, didapati ada sebatang pokok yang tumbang dan menghempap dua kereta.

    Beliau berkata dua lelaki berumur 38 dan 61 tahun yang terperanangkap dalam kenderaan itu telah berjaya dibawa keluar dari kenderaan masing-masing dengan bantuan orang ramai sebelum ketibaan bomba, dan mereka tidak mengalami kecederaan.

    “Pokok berkenaan tidak menghalang lalu lintas dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.04 petang,” katanya.

    – Bernama


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts