Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDuit raya: Mana satu pilihan - tunai atau tanpa tunai?

    Duit raya: Mana satu pilihan – tunai atau tanpa tunai?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pemberian duit raya diisi dalam sampul berwarna-warni dan beraneka corak menjadi antara saat paling menggembirakan dan kemeriahan Aidilfitri sehingga ada sanggup menempah khas paket tersebut agar kelihatan eksklusif.

    Namun, seiring dengan peredaran zaman kaedah pemberian duit raya secara tunai dalam mempelbagaikan amalan sedekah itu, kini mula beralih kepada transaksi tanpa tunai atau cashless kerana lebih mudah terutama trend pembayaran mengggunakan e-dompet yang semakin diterima masyarakat.

    Berdasarkan tinjauan Bernama, peralihan kepada budaya transaksi tanpa tunai ini juga membawa kepada perbezaan pilihan, iaitu generasi muda lebih gemar menerima duit raya menerusi kaedah tanpa tunai manakala pemberian duit raya bersampul tetap menjadi pilihan mereka lebih berusia.

    Penuntut Asasi Sains dan Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Sharifah Nur Adleena Syed Esa Shaqir Samir, 19, antara yang menjadikan duit raya dalam bentuk transaksi tanpa tunai sebagai pilihan memandangkan kebanyakan kedai di institusi pengajiannya menggalakkan transaksi berkenaan.

    “Rata-rata kedai lebih memilih untuk menerima pembayaran dalam bentuk QR dan transaksi ke akaun bank. Jadi duit raya itu nanti boleh terus digunakan, tak perlu nak masukkan wang tunai tadi ke akaun bank semula ,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Bagaimanapun, anak sulung daripada lima beradik itu mengakui budaya moden sedikit sebanyak ‘menghakis’ nilai sentimental tradisi pemberian duit raya yang telah berakar sejak zaman nenek moyang lagi.

    Pelajar perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Nur Liyana Filzah Omar, 23, yang turut memilih sistem transaksi tanpa tunai pula berpandangan tradisi memberi sampul raya masih boleh diterapkan pada era ini dengan sedikit kreativiti yang menggabungkan kedua-dua kaedah.

    “Sekarang ini kita boleh jadi lebih kreatif dengan cetak kod QR, kemudian letakkan kertas itu di dalam sampul raya berkenaan atau boleh sahaja cetak resit mengatakan duit sudah dipindahkan ke akaun bank,” katanya.

    Walaupun kaedah transaksi tanpa tunai semakin mendapat perhatian, masih ramai yang mahu mengekalkan pemberian duit raya secara tunai sehingga menjadi sumber pendapatan kepada individu menawarkan servis menukar wang kecil di bank.

    ALSO READ:  Banjir: 12 PPS masih beroperasi di Terengganu

    Antara yang menawarkan servis berkenaan adalah peniaga makanan Nuurhidayah Abdul Razak, 36, yang perlu bergegas ke hampir 10 cawangan bank sehari bagi memenuhi permintaan tinggi tersebut.

    “Saya mula dapat idea selepas nampak ramai mengeluh penat kena beratur panjang semata-mata untuk tukar duit raya, kebetulan saya juga memerlukan pendapatan tambahan, langsung saya tawarkan perkhidmatan ini, ” katanya yang telah lima tahun menawarkan perkhidmatan berkenaan di sekitar Johor.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts