Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Dulu percaya, sekarang dah hancur lebur' - Anggota KPF

    ‘Dulu percaya, sekarang dah hancur lebur’ – Anggota KPF

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Rasa tertekan dan terkilan apabila wang yang dilaburkan untuk kegunaan pada waktu kecemasan dan simpanan hari tua tidak dapat digunakan pada saat-saat memerlukan.

    Begitulah situasi dihadapi rata-rata anggota Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) apabila masih belum menerima bayaran jualan saham mereka sejak tahun lalu.

    Perasaan kecewa itu dikongsi Nor Liza Ismail, 64, yang berdepan situasi sukar dan amat memerlukan wang bagi membiayai rawatan kanser hidung dihidapi suaminya.

    Nor Liza berkata, dia menjual saham koperasi itu pada Ogos tahun lalu tetapi hanya menerima bayaran sebanyak RM10,000 yang dibayar dua kali oleh KPF.

    “Saya berasa sedih dan tertekan dan disebabkan itu, saya terpaksa mencari rawatan yang lebih murah, namun kos rawatan dan keperluan suami setiap bulan mencecah ratusan ringgit,” katanya kepada Malaysiakini.

    Nor Liza yang merupakan bekas kakitangan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) berkata, dia langsung tidak menyangka hal ini boleh terjadi kerana sepanjang menabur bakti selama 37 tahun dengan syarikat itu, dia sentiasa diyakinkan untuk melabur dalam KPF.

    “Saya sangat sayangkan KPF dan kita (ahli KPF) percaya dengan pihak pengurusan. Malah ketika bekerja dahulu kami dididik untuk melabur dengan KPF tapi apa yang terjadi membuatkan kami ralat dan kecewa.

    “Kalau kami orang kaya, tidak apalah tapi kebanyakannya bukan orang senang. Kami setia bersama KPF tapi balasan ini pula yang diterima. Keyakinan yang dulu tinggi sekarang sudah runtuh dan lebur,” katanya lagi.

    Feb lalu, sekumpulan anggota KPF menyerbu pejabat itu di Jalan Semarak Kuala Lumpur bagi menuntut penjelasan mengenai kelewatan pembayaran jualan saham dan dividen sejak tahun lalu.

    KPF kemudian memberi jaminan akan menyelesaikan bayaran jualan saham anggotanya dari bulan Feb hingga Julai 2023 menjelang akhir bulan Mac 2024.

    ALSO READ:  Polis tahan guru agama keluar kenyataan ugut PM

    Bagi jualan saham selebihnya, koperasi itu memaklumkan bayaran akan dibuat secara berkala mengikut ketersediaan tunai serta keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang benar-benar memerlukan.

    KPF memaklumkan koperasi itu mempunyai masalah aliran tunai disebabkan penebusan syer melebihi jumlah langganan dan terpaksa menggunakan tunai yang diperuntukkan untuk operasi perniagaan semasa, menyebabkan aktiviti pelaburan dan perniagaannya terkesan.

    Untuk rekod, KPF ditubuhkan pada 1 Julai 1980 dengan objektif untuk menjadikan koperasi itu sebagai suatu wadah simpanan dan pelaburan warga Felda.

    Penubuhan KPF juga bertujuan memberi peluang kepada warga Felda untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat Felda melalui koperasi berkenaan.

    Pada zaman kegemilangannya, KPF pernah memberikan dividen tahunan setinggi 18 peratus kepada anggotanya yang terdiri daripada peneroka dan kakitangan Felda, selain beberapa kali dinobatkan sebagai koperasi terbaik di Malaysia.

    Namun prestasi KPF mula merosot semenjak penyenaraian FGV di bursa Malaysia pada 2012, yang menyaksikan koperasi itu terpaksa melepaskan 51 peratus kepentingannya dalam Felda Holding Berhad (FHB) kepada FGV. Sebelum itu, FHB dianggap sebagai ‘angsa bertelur emas’ bagi KPF.

    Terpaksa jual kereta kesayangan

    Turut berkongsi rasa kecewa ialah Erabiah Abd Samad, 66, yang memberitahu anaknya terpaksa menjual kereta kesayangan bagi mencukupkan deposit menyambung pengajian sebagai juruterbang kadet di sebuah kolej swasta.

    Kata Erabiah, dia terpaksa mencari saluran pendapatan lain selepas bayaran jualan sahamnya tertangguh hampir 9 bulan.

    “Saya terpaksa mengeluarkan simpanan dari Tabung Haji, main ‘kutu’, malah anak saya juga terpaksa menjual kereta untuk menampung deposit yuran pengajiannya.

    “(Memang) kecewa sangat sebab saya dalam keadaan yang memerlukan, untung anak saya tidak hilang semangat untuk kejar impiannya,” katanya.

    ALSO READ:  Isu tandak air: MP minta Orang Asli mohon peruntukan ikut saluran

    Bagi Samsiah Mis, 53, pula, semua wang simpanan telah dilaburkan arwah suaminya ke dalam KPF sebelum ini dengan harapan wang tersebut dapat digunakan ketika waktu kecemasan atau memenuhi keperluan yang mendesak.

    Bagaimanapun, dia terkilan apabila wang yang disimpan tidak dapat digunakan untuk majlis perkahwinan anaknya.

    “Saya (sudah) tidak kuat hendak bekerja sebab (ada) masalah kesihatan. Selain kenduri kahwin anak, saya nak guna (wang) untuk rawatan kesihatan dan perbelanjaan sekolah anak,” kata ibu tunggal lapan anak itu.

    “Sekarang, bila sampai masa nak guna (wang) tak boleh. Bukan duit orang saya (nak) keluarkan, duit saya sendiri,” ujarnya lagi.

    Perlu wang untuk pembezahan isteri

    C Sugumaran, 50 turut berharap jualan sahamnya akan dibayar secepat mungkin.

    Dia yang membuat permohonan penjualan saham pada Mac lalu memerlukan wang untuk menampung kos pembezahan tulang belakang isterinya yang menghidap slipped disc.

    “Doktor menasihatkan supaya isteri saya segera menjalani pembezahan kerana khuatir sakitnya akan menjadi bertambah teruk,” katanya.

    Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Komuniti Ahli-Ahli KPF, Left Kol (B) Mohammad Rosli Yaakob berkata, seramai 142 ahli KPF yang menjual saham dari Jan – Dis 2023 masih belum menerima bayaran penuh.

    Jumlah itu kataya berdasarkan data dikumpulkan pihaknya menerusi kumpulan WhatsApp ahli-ahli KPF yang diwujudkan sejak Jan lalu.

    “Bagi jualan saham dari Feb hingga Julai 2023, bayaran telah dibuat oleh KPF pada akhir Mac lalu. Namun masih ada beberapa individu dalam kumpulan pertama itu belum terima bayaran,” kata Rosli.

    Tambahnya, sehingga kini KPF tidak menetapkan tarikh akhir bayaran bagi jualan saham dari bulan Ogos 2023 dan seterusnya.

    “KPF hanya mengatakan bayaran akan dibuat mengikut ketersediaan tunai dan akan dibuat secara berkala.

    ALSO READ:  Calon PN ‘underdog’ ada kelebihan - Shamsuri

    “Justeru kami meminta KPF tetapkan tarikh akhir bilakah kumpulan kedua ini akan terima bayaran mereka,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts