Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDUN Kelantan tak terima makluman sokongan Adun Nenggiri

    DUN Kelantan tak terima makluman sokongan Adun Nenggiri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan masih belum menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim sama ada dia masih kekal menyokong kerajaan Negeri atau sebaliknya.

    Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah, berkata kedudukan Mohd Azizi – yang juga ahli parlimen Gua Musang – pada sidang nanti sama ada duduk di blok kerajaan atau pembangkang akan ditentukan kemudian.

    “Setakat ini, beliau (Mohd Azizi) tidak beritahu apa-apa kepada kita.

    “Kita masih menunggu dan akan melihat serta mengambil kira keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat di mana kedudukan Mohd Azizi dalam parlimen,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Mohd Amar turut memaklumkan DUN Kelantan akan bersidang bermula 22 hingga 28 Nov.

    Sebanyak 43 daripada 45 kerusi DUN Kelantan dikuasai PAS.

    Selain Nenggiri dua lagi kerusi pembangkang dalam DUN Kelantan ialah Mohd Syahbuddin Hashim dari BN (Galas) dan Dr Hafidzah Mustakim dari PH (Kota Lama).

    Semalam, Mohd Azizi dari Bersatu menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Sementara itu, Mohd Syahbuddin berkata dia tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengan sesiapa sahaja termasuk Mohd Azizi, namun akan melihat terlebih dahulu pendirian Ketua Bersatu Gua Musang itu.

    “Saya nak tengok dulu pendirian beliau, sokong perdana Menteri itu satu bab, pada masa yang sama apa status beliau di sini? Masih menyokong kerajaan Negeri tidak?” katanya.

    Mohd Syahbuddin turut mengakui terkejut dengan keputusan dibuat Mohd Azizi.

    “Bagaimanapun saya mengucapkan terima kasih kerana beliau memilih untuk meletakkan kepentingan rakyat Gua Musang sebagai keutamaan kenapa beliau menyokong kepimpinan perdana Menteri.

    “Saya berharap hasrat yang dinyatakan beliau ini benar-benar dilaksanakan kepada rakyat kerana sudah setahun beliau menjadi Ahli Parlimen Gua Musang, tetapi arah usaha di lapangan masih kurang menyerlah,” katanya.

    ALSO READ:  Sultan Selangor tidak berhasrat terus jadi pengerusi MKI

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts