Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDuta Palestin: Tindakan AS halang gencatan senjata bawa malapetaka

    Duta Palestin: Tindakan AS halang gencatan senjata bawa malapetaka

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Riyad al-Mansour telah mengecam Majlis Keselamatan PBB (UNSC) atas kegagalan mereka untuk meluluskan draf resolusi bagi gencatan senjata kemanusiaan di Gaza pada Jumaat, seperti yang dilapor oleh Agensi Anadolu Agency (AA).

    Amerika Syarikat (AS) telah menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi tersebut yang disokong oleh hampir 100 negara ahli PBB. Resolusi itu hanya mendapat sokongan daripada 13 ahli Majlis Keselamatan PBB manakala United Kingdom (UK) memilih untuk berkecuali.

    Mansour menyifatkan kegagalan tersebut sebagai “sangat mengecewakan” dan “bencana.” Beliau bertanya bagaimana Majlis Keselamatan PBB boleh membenarkan penjenayah peranang diberi lebih banyak masa untuk melaksanakan kekejaman mereka.

    Duta Palestin sekali lagi menyeru untuk gencatan senjata dan berkata, “Setiap hari akan lebih banyak nyawa yang terkorban, jumlah penduduk yang terbunuh belum pernah terjadi sebelum ini dalam sejarah moden.”

    Resolusi draf tersebut menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik untuk mematuhi undang-undang antarabangsa, terutamanya menjaga keselamatan orang awam, menuntut gencatan senjata kemanusiaan serta meminta Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres untuk melaporkan mengenai pelaksanaan gencatan senjata kepada Majlis Keselamatan PBB.

    Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mencadangkan resolusi tersebut menyatakan usaha mereka untuk menyelesaikan isu tersebut dengan segera disebabkan peningkatan jumlah kematian dalam konflik yang telah berlangsung selama 63 hari.

    Menurut data rasmi dari pihak berkuasa Gaza lebih 17,000 penduduk telah terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober. Sebanyak 70 peratus daripada jumlah mangsa yang terbunuh terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 46,000 cedera. Hampir 1.8 juta rakyat Palestin pula kehilangan tempat tinggal.

    – Bernama-Anadolu

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,240FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts