Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDwirangkaian 5G: 'Telco ada 20 hari muktamadkan perjanjian dengan DNB'

    Dwirangkaian 5G: 'Telco ada 20 hari muktamadkan perjanjian dengan DNB'

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata syarikat telekomunikasi diberi tempoh 20 hari untuk memuktamadkan terma dalam perjanjian langganan saham (SSA) dengan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk terlibat dalam pelaksanaan dwirangkaian 5G.

    Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat kabinet hari ini, Fahmi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengumumkan proses tender bagi membolehkan syarikat membuat bidaan untuk sistem dwirangkaian 5G.

    “Jemaah Menteri telah dimaklumkan yang mesyuarat pertama lembaga pengarah DNB (dengan syarikat telekomunikasi) telah diadakan semalam dan setiap wakil dberi masa 20 hari untuk membuat beberapa keputusan.

    “Kita harap selepas tempoh itu, (syarikat) akan melengkapkan dan memuktamadkan pegangan ekuiti dalam DNB.

    “Salah satu syarat adalah mereka (syarikat) wajib lengkapkan SSA. Dalam tempoh masa tidak terlalu lama dari sekarang, SKMM akan umumkan proses tender untuk membolehkan syarikat yang ingin terlibat dalam rangkaian kedua (5G) membuat bidaan,” katanya di Kementerian Komunikasi di Putrajaya, hari ini.

    Pada November tahun lalu, Fahmi dilaporkan berkata, tempoh masa untuk memeterai SSA telah dipersetujui pihak terlibat selepas perbincangan dengan syarikat telekomunikasi.

    Menurut Bernama, perkara yang tertunggak adalah keputusan muktamad daripada lembaga pengarah syarikat-syarikat yang terlibat.

    Apabila perjanjian dimeterai, syarikat telekomunikasi akan menjadi pemegang ekuiti dalam DNB, sebagai sebahagian daripada model kerjasama awam-swasta untuk pelaksanaan perkhidmatan dan infrastruktur 5G di seluruh negara.

    Kenyataan Fahmi itu menandakan kerajaan kian hampir memuktamadkan rancangan pelaksanaan 5G dengan pemain industri, selepas persediaan kawal selia dan perbincangan selama beberapa bulan.

    Ditanya kenapa ia mengambil masa yang lama, Fahmi berkata syarikat perlu melakukan penilaian wajar dan mengadakan mesyuarat agung luar biasa sebelum membuat keputusan eksekutif.

    ALSO READ:  Harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol kekal - KPDN

    Dalam perkembangan berlainan, Fahmi yang juga ketua penerangan PH mencabar Pengerusi PN Selangor Mohamed Azmin Ali untuk memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar kemenangan Pang Sock Tao daripada DAP dalam PRK Kuala Kubu Bharu.

    “Kumpul-lah bukti itu,” katanya ringkas.

    Semalam, Azmin berkata PN sedang mengumpul bukti dalam usaha parti itu untuk memfailkan petisyen pilihan raya.

    Menurutnya, ketua untuk kesemua 16 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Kuala Kubu Bharu sedang mengumpul bukti dan fakta untuk disemak peguam sebelum ia difailkan.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts