Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesEditor Sarawak Report dihukum penjara 2 tahun kerana fitnah Sultanah Terengganu

    Editor Sarawak Report dihukum penjara 2 tahun kerana fitnah Sultanah Terengganu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengasas serta editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun setelah beliau didapati bersalah atas tuduhan memfitnah Sultanah Terengganu Nur Zahirah.

    Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri telah membuat keputusan tanpa kehadiran tertuduh di Mahkamah Majistret Terengganu pada hari ini, menurut laporan media.

    Clare didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas tuduhan memfitnah Sultanah Nur Zahirah melalui bukunya ‘The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose’.

    Seksyen 500 menyatakan bahawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, boleh dikenakan jika sabit kesalahan.

    Berdasarkan pada kertas pertuduhan, fitnah tersebut terkandung pada baris ketujuh, perenggan empat di muka surat ketiga buku tersebut.

    “Di mana di dalamnya pada muka surat 3, perenggan 4, baris 7 mengandungi tohmahan seperti mana yang digariskan iaitu “the wife of the sultan,” terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah yang merupakan satu fitnah di mana kamu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa tohmahan tersebut akan merosakkan nama baik Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah,”

    Pendakwaan dijalankan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Engku Ahmad Rashidi Engku Abdillah.

    Pada 12 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Clare bersalah atas tuduhan memfitnah Sultanah Nur Zahirah menerusi bukunya.

    Mahkamah juga memerintahkan Brown dan dua individu lain untuk membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Sultanah Terengganu.

    Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hadhariah Syed Ismail turut memerintahkan Clare dan dua individu lain untuk membayar RM120,000 sebagai kos guaman kepada baginda.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts