Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesElak nepotisme, Ramkarpal sukarela lepaskan jawatan - Loke

    Elak nepotisme, Ramkarpal sukarela lepaskan jawatan – Loke

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata bekas timbalan Menteri Ramkarpal Singh sukarela berundur daripada jawatannya apabila mendapat tahu abangnya Gobind akan dilantik sebagai Menteri.

    Dalam pengumuman rombakan kabinet pagi ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim melantik Gobind untuk menerajui Kementerian Digital – kementerian baru yang dipisahkan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital sebelum ini.

    Gobind pernah berkhidmat sebagai Menteri komunikasi dan multimedia dalam pentadbiran PH di bawah bekas perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dari 2018 hingga 2020.

    Bagaimanapun dia berkata Ramkarpal mengosongkan jawatannya itu untuk mengelakkan kritikan dilemparkan terhadap parti itu.

    “Jadi tidak ada isu nepotisme di sini. Beliau memberikan laluan dari segi (menduduki jawatan kabinet) kerana saudara Gobind yang merupakan abangnya dilantik sebagai Menteri penuh.

    “Maka beliau secara sukarela memberikan laluan dan mengosongkan jawatannya.

    “Jadi itu merupakan semangat yang saya rasa amat penting dan parti juga merakamkan penghargaan di atas pengorbanan beliau,” kata setiausaha agung DAP itu pada sidang akhbar hari ini.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts