Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesElaun lokum RM80 sejam bagi doktor berkuatkuasa serta-merta

    Elaun lokum RM80 sejam bagi doktor berkuatkuasa serta-merta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pegawai perubatan yang diarah bertugas selepas waktu pejabat (membuat lokum) di klinik kesihatan kini boleh menuntut Elaun Lokum pada kadar RM80 sejam berkuat kuasa serta-merta.

    Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu baharu sahaja diputuskan, sekali gus menyelesaikan isu yang menjadi persoalan dalam kalangan pegawai perubatan sebelum ini.

    “Timbul isu tentang bayaran elaun untuk doktor yang membuat lokum dan kami telah memohon dan baru sahaja mendapat kelulusan untuk setiap doktor yang membuat lokum dibayar elaun mereka untuk jam yang mereka lakukan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan majlis tandatangan Memorandum Persefahaman (Mou) antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan IHH Healthcare Malaysia.

    Sebelum ini, KKM dalam kenyataan memaklumkan pelaksanaan projek rintis pemanjangan waktu operasi klinik berdekatan hospital pada tahun lepas, telah diteliti dan permohonan untuk meneruskan pembayaran elaun lokum, sedang dalam pertimbangan Agensi Pusat.

    Menurut kenyataan itu, pegawai perubatan yang diarah bertugas pada hari Sabtu dan Hari Kelepasan Am masih layak menuntut Elaun Lokum, manakala pada hari Ahad membabitkan waktu bekerja mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari, boleh menuntut cuti gantian tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

    Mengenai majlis berkenaan, KKM hari ini memperbaharui MoU dengan IHH Healthcare Malaysia (IHH Malaysia) untuk menyediakan penjagaan dan rawatan kepada tambahan 500 pesakit kanser dari hospital KKM.

    Dr Dzukefly berkata pesakit berkenaan akan mendapatkan rawatan radioterapi dan radiosurgeri di rangkaian hospital IHH Malaysia antaranya Hospital Pantai, Hospital Gleneagles dan Pusat Perubatan Prince Court secara percuma bermula 1 Mac.

    “MoU ini turut menyokong Pelan Strategik Kawalan Kanser Kebangsaan (2021-2025) untuk meluaskan akses kepada penjagaan dan rawatan bagi pesakit kanser di negara ini,” katanya.

    ALSO READ:  'Kedah hilang hasil RM100 juta dari tanah sawah boleh dibangunkan'

    Memorandum berkenaan ditandatangani oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM Datuk Seri Norazman Ayob dan Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia Jean Francois Naa disaksikan oleh Dr Dzulkefly dan Pengerusi IHH Healthcare Malaysia Tan Sri Mohammed Azlan Hashim.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts