Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesEmpat ahli politik jadi Adun lantikan di Pahang

    Empat ahli politik jadi Adun lantikan di Pahang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sidang DUN Pahang hari ini meluluskan usul yang dikemukakan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail untuk melantik empat ahli politik sebagai Adun lantikan.

    Mereka ialah Ketua Umno Jerantut Haris Salleh Hamzah, Pengerusi Amanah Pahang Mohd Fadzli Mohd Ramly, Ketua MCA Temerloh Wong Tat Chee dan Timbalan Pengerusi PKR Pahang Rizal Jamin.

    Seorang lagi yang dilantik adalah pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ahmad Irshadi Abdullah.

    Usul itu antara lain dibahas oleh tiga Adun PAS iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man (Cheka), Andansura Rabu (Beserah) dan Mohd Sofian Abdul Jalil (Luit).

    Mereka memohon usul itu ditangguhkan terlebih dahulu untuk menilai semula nama dicadangkan kerana bimbang ia tidak mewakili suara minoriti seperti golongan orang kurang upaya (OKU), Orang Asli dan kaum India yang hanya mempunyai seorang wakil di DUN ketika ini.

    Bagaimanapun, permohonan untuk menangguhkan usul itu ditolak dan diluluskan sidang DUN selepas menerima sokongan majoriti mudah ahli Dewan.

    Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga timbalan presiden PAS dalam sidang media selepas sidang DUN memberitahu, tindakan menolak permohonan untuk menangguhkan usul tersebut menunjukkan kerajaan Pahang seolah-olah tidak yakin dengan kekuatan mereka ketika ini.

    “Kalau mereka kuat, mereka tak perlu pun lantik segera Adun lantikan ini…ia seperti mereka tidak yakin dengan kekuatan sendiri,” katanya.

    Adun Kuala Sentul dari Bersatu, Jasri Jamaludin pula menegaskan pelantikan itu bermotifkan politik semata-mata.

    “Kita boleh tengok sendiri, empat daripadanya adalah ahli politik yang masih aktif…memegang jawatan dalam parti seperti Pengerusi Amanah Pahang (Mohd Fadzli) dan Timbalan Pengerusi PKR Pahang (Rizal), begitu juga Haris Salleh,” katanya lagi.


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts