Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesEmpat lelaki ditahan disyaki culik pemilik restoran

    Empat lelaki ditahan disyaki culik pemilik restoran

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Empat lelaki, tiga daripadanya warga China, ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes penculikan pemilik sebuah restoran di Georgetown semalam.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang juga Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata suspek berusia 32 hingga 40 tahun itu ditahan di sekitar Georgetown hari ini.

    “Kira-kira 6 petang semalam (7 Mac) kita terima laporan daripada seorang wanita warganegara China memaklumkan suaminya telah diculik, susulan itu, satu pasukan khas ditubuhkan dengan keangotaan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

    “Bertindak atas maklumat dan risikan mangsa berjaya diselamatkan dan empat suspek berjaya ditahan,” katanya pada sidang media di IPK Pulau Pinang hari ini.

    Khaw berkata ketika ditemui mangsa berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya berada dalam keadaan letih.

    “Walaupun pembayaran (wang tebusan) berjumlah RM277,886 telah dibuat tetapi kita berjaya selamatkan mangsa,” katanya.

    Beliau berkata pihaknya sedang giat memburu tiga lagi suspek warga China yang dipercayai terbabit dengan kejadian itu.

    Katanya motif penculikan masih dalam siasatan sama ada berkaitan masalah peribadi, hutang atau melarikan dengan niat untuk mendapatkan wang tebusan.

    Kesemua suspek direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts