Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesEnakmen Syariah manifestasi kehendak rakyat Kelantan, kata Hassan

    Enakmen Syariah manifestasi kehendak rakyat Kelantan, kata Hassan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen PKR Hassan Karim mempunyai pandangan yang berbeza dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan sejumlah peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

    Hassan berkata, dia sama seperti Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli yang satu-satunya membuat penghakiman ingkar Jumaat lalu, namun atas sebab yang berbeza.

    “Pendirian saya dalam kontroversi perundangan ini mengambil kira soal politik, sejarah dan budaya Negeri Kelantan.

    “Tiga perkara yang menjadi sandaran hujah saya ini berada di luar pertimbangan sembilan hakim Mahkamah Persekutuan tersebut. Pertimbangan mereka adalah hanya berasas kepada undang-undang yang sedia ada terpakai terutama merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan.

    “Bagaimanapun, saya ingin membawa perpektif lain di luar skop undang-undang Perlembagaan iaitu soal politik,” kata ahli parlimen Pasir Gudang itu dalam kenyataan, hari ini.

    Hassan yang juga seorang peguam membangkitkan PAS yang telah mentadbir Kelantan sejak 34 tahun lalu, iaitu selepas menang PRU pada 1990.

    “Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah enakmen yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan dan menjadi undang-undang apabila diperkenankan oleh Sultan Kelantan dan digazetkan dalam Warta Kerajaan Kelantan.

    “Rakyat Kelantan lebih 90 peratus orang Melayu beragama Islam. Lebih 33 tahun mereka telah memilih PAS, sebuah parti Islam yang membawa agenda untuk memertabatkan undang-undang Syariah Islam di Kelantan.

    “Rakyat memilih PAS di Kelantan melalui peti undi pilihan raya, bukannya secara ugut dan paksa. PAS memerintah di Kelantan melalui pilihan raya yang demokratik mengikut lunas-lunas demokrasi, bukannya melalui kekerasan,” katanya.

    Pada Jumaat lalu, panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan dengan keputusan 8-1 membenarkan petisyen peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman untuk membatalkan 18 peruntukan dalam enakmen tersebut.

    Abdul Rahman Sebli

    Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Abdul Rahman Sebli membuat penghakiman ingkar dengan berpandangan dua beranak itu tiada locus standi untuk membuat cabaran tersebut.

    ALSO READ:  Moscow's Domodedovo airport restricts flight - agencies

    Baca: Penghakiman ingkar penuh kes cabaran enakmen syariah Kelantan


    Mengulas lanjut, Hassan berkata walaupun Mahkamah Persekutuan memihak pempetisyen dan bukan kerajaan Kelantan, ia tidak bermakna isu berkaitannya telah reda dan “semua orang boleh balik tidur dengan nyenyak”.

    Dia juga berkata enakmen itu adalah manifestasi asas kehendak majoriti rakyat Kelantan yang telah menyokong pentadbiran PAS dalam lapan PRU berturut-turut.

    “Kita akur dan menghormati Perlembagaan Persekutuan dan keputusan Mahkamah Persekutuan.

    “Tetapi saya, yang bukan ahli PAS dan MP dari PKR yang politiknya menyokong dasar kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia, (menggesa) supaya kita bersikap adil bukan saja kepada kerajaan PAS di Kelantan, tetapi keseluruhan majoriti rakyat Kelantan yang mahu syiar Islam ditegakkan di Negeri mereka,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts