Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesEnam ditahan jual sijil sakit palsu di Kajang

    Enam ditahan jual sijil sakit palsu di Kajang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis menahan seorang individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menjual sijil cuti sakit palsu di Kajang, Selangor pada Jumaat dan Sabtu lepas.

    Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata seorang lelaki berusia 26 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dijalankan di Bukit Jalil, di sini dan Kajang.

    Beliau berkata siasatan awal mempercayai dia menjalankan kegiatan berkenaan sejak tahun lepas dan sijil sakit palsu itu dijual pada harga RM30 hingga RM50 sekeping di sekitar Kajang.

    “Polis turut merampas 171 sijil cuti sakit kerajaan dan 70 sijil cuti sakit swasta selain 19 resit rasmi klinik, sebuah komputer riba, lapan telefon bimbit, enam buku sijil cuti sakit dan lima pemacu pena,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mohd Zaid berkata individu itu direman sejak Sabtu lepas hingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu menggunakan dokumen palsu.

    “Polis menasihatkan orang ramai terutama majikan supaya membuat semakan dan menghubungi talian Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerusi talian 03-8911 4242 sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkenaan kegiatan penjualan sijil cuti sakit,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts