Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesEnam lelaki termasuk remaja bawah umur mengaku salah merusuh

    Enam lelaki termasuk remaja bawah umur mengaku salah merusuh

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Enam lelaki termasuk seorang remaja bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Sungai Petani hari ini kerana melakukan rusuh sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki pada 27 Nov lepas.

    Muhammad Sharizal Ngazawan, 42, Mohd Nawawi Azmi, 35, Muhammad Sufyan Johan Panggi, 25, Mohamad Muhaimin Mahmud, 33, Zulkupli Mohamed, 33, dan seorang remaja berusia 16 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Fazlina Musa.

    Mahkamah menetapkan tarikh 7 Jan depan untuk sebutan semula kes bagi fakta dan hukuman.

    Mereka dituduh secara bersama telah berhimpun secara berkumpulan dan mencederakan seorang lelaki di hadapan sebuah hotel di Sungai Petani pada 1 tengah hari, 27 Nov.

    Mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh.

    Mahkamah kemudian mengenakan jaminan sebanyak RM2,000 setiap seorang kepada lima tertuduh, sementara remaja bawah umur itu pula dikenakan jaminan sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Preeyaa manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Farah Adnin.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts