Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesEnergy Stick: Kerjasama ibu bapa, sekolah pastikan pelajar tak telibat

    Energy Stick: Kerjasama ibu bapa, sekolah pastikan pelajar tak telibat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mahu ibu bapa dan pihak sekolah bekerjasama dengan serius bagi memastikan pelajar tidak terjebak mengambil produk penyedut hidung dikenali sebagai energy stick.

    Katanya perkara itu sentiasa diingatkan dari semasa ke semasa selain segala pandangan daripada ibu bapa serta guru sangat diperlukan bagi menangani penggunaan produk itu dalam kalangan pelajar.

    “Saya minta ibu bapa dan sekolah ambil perhatian isu ini. Pelajar pula jangan ambil (energy stick), tumpukan kepada pendidikan dan kesihatan, luangkan masa dengan melakukan program berfaedah serta jangan ambil benda yang memberi kesan kepada kesihatan kita.

    “Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah ambil tindakan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ambil semua pandangan, sebab itu kita (KPM) sokong apa sahaja tindakan dan bekerjasama dengan KKM untuk pastikan ia dapat dikawal dan ditangani sebaiknya,” kata ahli parlimen Nibong Tebal itu.

    Fadhlina berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Perpaduan Silang Budaya dan agihan bantuan awal persekolahan (BAP) peringkat Negeri Sembilan yang dirasmikan Menteri Besar Aminuddin Harun di Nilai hari ini.

    Pada Ahad lalu Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dilaporkan mengakui KKM menerima aduan dan akan mengambil tindakan segera berhubung produk itu yang giat dijual dan dipromosikan menerusi media sosial.

    Public Health Malaysia (PHM) sebelum ini turut memaklumkan produk yang boleh menjerat pengguna kepada vape dan dadah itu mula popular dalam kalangan pelajar selain dijual dengan harga antara RM2.50 hingga RM10.

    Sementara itu, mengulas dakwaan berlaku kebocoran soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi mata pelajaran Sejarah, Fadhlina berkata perkara itu dalam siasatan KPM.

    Pada masa sama katanya KPM meminta pelajar tidak diganggu dengan berita berkenaan.

    ALSO READ:  FBI searched homes of two Americans with ties to Russian state media

    “Beri mereka (pelajar) ruang untuk fokus pada peperiksaan. Kita mempunyai integriti tinggi kerana SPM merupakan peperiksaan peringkat nasional, jadi kawalan dan keselamatan sangat ketat.

    “Namun, apa sahaja dakwaan, kita siasat dan ambil tanggungjawab penuh,” katanya.

    Berkaitan hal pemberian BAP kepada sekolah di seluruh negara, Fadhlina berkata usaha itu telah mencapai 80 peratus dan akan diselesaikan sebelum 10 Feb ini.

    Dia berkata jumlah peruntukan BAP diterima di Negeri Sembilan ialah RM26,458,050 membabitkan 478 sekolah yang memanfaatkan 176,387 pelajar.

    Terdahulu, sambutan Hari Perpaduan Silang Budaya peringkat Negeri Sembilan hari ini mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records atas penyertaan seramai 177,000 murid dan 17,400 guru berpakaian tradisional.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts