Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesESEI FOTO | Tabah melayari nasib yang tersurat

    ESEI FOTO | Tabah melayari nasib yang tersurat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    ESEI FOTO | Berkongsi sepeket mi segera untuk mengalas perut sendiri, isteri serta lima orang anak antara pengalaman getir Mohd Azman Mohd Sharim ketika pandemik Covid-19 melanda.

    Tetapi itu tidak membuat dia berputus asa begitu saja terutama apabila melihat ibu mentuanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) gigih menjual belon di jalanan demi menyara kehidupan.

    Mohd Azman, 36, mula berikhtiar untuk mencari jalan keluar daripada kemelut yang melanda. Dengan bermodalkan bantuan RM400 daripada Baitulmal, dia pun memulakan perniagaan menjual barang mainan kanak-kanak.

    Namun, langit tak selalu cerah. Begitu juga pendapatannya di Pasar Wangsa Maju. Pada ketika tertentu nasib kurang menyebelahi dan dia terpaksa pulang tidak dalam keadaan yang diharapkan.

    Katanya, dia hanya mampu meraih pendapatan antara RM40 hingga RM60 seminggu kerana mainan yang dijualnya tidak mendapat sambutan.

    Sering kali ada saja bil yang tertunggak disebabkan pendapatan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarganya yang mencapai RM2,000 sebulan.

    Mujurlah, dia mendiami rumah projek perumahan rakyat (PPR) di Taman Batu Muda, Sentul, yang hanya perlu bayaran RM145 sebulan.

    Di situlah dia, isteri – Nor Aishah Mohamed Zakaria – dan lima anak mereka berteduh.

    Biarpun, sering dihimpit masalah kewangan tetapi Azman tidak pernah patah semangat demi mencari rezeki dan melihat anak-anaknya membesar dan mendapat pendidikan yang baik.

    Mohd Azman bersama isteri dan lima orang anak mereka yang berusia antara 1 hingga 14 tahun.
    Antara barang mainan yang dijual
    Semasa berjualan, anak-anak turut dibawa bersama
    Di sinilah Mohd Azman sekeluarga berteduh dari panas dan hujan
    Tiga daripada lima anak Mohd Azman bermain di kawasan rumah mereka
    Ada besi ditanam pada tangan Mohd Azman kesan daripada kemalangan yang menimpanya pada 2005
    Anak-anak Mohd Azman menyiapkan kerja sekolah
    Nasi putih berlaukkan ikan goreng adalah antara hidangan yang lazim di rumah Mohd Azman
    Mohd Azman dan keluarga menunggu pelanggan membeli mainan kanak-kanak yang dijual
    Pada masa tertentu mereka meluangkan masa bersama-sama
    Nor Aishah melayan anak bongsu mereka
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts