Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesExco ingatkan pekerja ladang di KKB tak tertipu janji pihak ketiga

    Exco ingatkan pekerja ladang di KKB tak tertipu janji pihak ketiga

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KKB | Pekerja di lima ladang sekitar Hulu Selangor diminta supaya tidak tertipu dengan janji-janji pihak ketiga berkaitan pembinaan rumah teres kos rendah untuk 245 pekerja dari lima ladang tersebut.

    Pemimpin DAP Selangor yang juga exco kerajaan Negeri V Papparaidu (gambar atas, tengah) berkata isu perumahan melibatkan Ladang Nigel Gardner, Ladang Bukit Tagar, Ladang Mary, Ladang Minyak dan Ladang Sungai Tinggi tidak mudah diselesaikan dengan janji seperti itu.

    “Permintaan mereka (pekerja ladang) memang adil. Kami tak nafikan itu. Tapi isu ini tidak dapat diselesaikan dengan segera. Isu perlu diteliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

    “Oleh itu, penduduk kawasan itu tidak boleh tertipu dengan mempercayai pihak ketiga,” katanya kepada pemberita di Kerling hari ini.

    Sebelum ini, penduduk dari lima ladang di kawasan DUN Kuala Kubu Bharu meletakkan syarat jika ada mana-mana calon yang inginkan sokongan mereka pada 11 Mei ini.

    Wakil jawatankuasa penduduk terbabit, Vasudevan Raja Manickam memberitahu Malaysiakini bahawa calon yang mahu undi dari ladang berkenaan perlu membuat perakuan berkanun (SD) bagi menunaikan segala janji yang ditabur.

    Katanya penduduk dari ladang berkenaan sudah serik “ditipu” berkali-kali.

    Papparaidu berkata dia telah memberi tumpuan kepada isu ini sejak mengambil alih sebagai ahli Badan Pimpinan.

    “Saya telah menulis kepada Berjaya Group khususnya dan menerima dokumen yang berkaitan. Dalam dokumen yang diberikan oleh Berjaya menyebut bahawa tanah akan diberikan kepada 69 orang sahaja.

    “Tetapi wakil pejabat exco yang menjadi koordinator mempunyai dokumen untuk 245 orang. Senarai nama ini perlu digabungkan terlebih dahulu.

    “Pada masa yang sama, surat telah ditulis kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kita sepatutnya mendapat jawapan dari sana. Barulah masalah ini dapat diselesaikan. Jadi, penduduk di situ harus bersabar,” katanya.

    Mengulas lanjut, pemimpin DAP itu berkata permintaan penduduk agar calon tandatangan SD tidak akan membantu selesaikan masalah berkenaan.

    ALSO READ:  Inside Israel’s hunt for the elusive Hamas leader

    Antara perkara yang dibangkitkan dalam SD itu ialah pembinaan rumah teres kos rendah untuk 245 pekerja dari lima ladang tersebut yang dirancang di atas di atas tapak seluas 20 ekar tanah diberikan Berjaya Corp Bhd pada 2019.

    Mereka juga mahu Adun yang menang nanti hanya akan berurusan dengan jawatankuasa penduduk yang sah serta mendapat mandat daripada pekerja-pekerja ladang, bukannya kroni atau wakil parti politik dan majikan.

    Selain itu, mereka mahu Adun Kuala Kubu Bharu memastikan tidak ada pengusiran paksa ke atas pekerja ladang dan bekas pekerja sehingga perumahan tetap dibina.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts