Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesExco: Masalah murid SRA tiada kerusi, meja selesai dalam masa terdekat

    Exco: Masalah murid SRA tiada kerusi, meja selesai dalam masa terdekat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kekurangan kerusi dan meja untuk murid di sebuah sekolah agama rakyat di Jasin, Melaka akan diselesaikan dalam masa terdekat, menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Rahmad Mariman.

    Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) telah mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu tersebut dengan kelulusan untuk kelengkapan perabot telah dikeluarkan, kata Rahmad, selepas Ketua Pemuda Umno merangkap Adun Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh membangkitkan perkara itu semalam.

    “Dalam masa terdekat perkara ini (meja dan kerusi) akan selesai, tender yang dikeluarkan membabitkan semua sekolah di Melaka bukan hanya untuk sekolah itu sahaja,” katanya seperti dipetik laman Melaka Hari Ini, semalam.

    Terdahulu, Akmal mempersoalkan keadaan yang terpaksa dihadapi murid Sekolah Rendah Agama (SRA) Ayer Merbau di Jasin itu, walaupun peruntukan untuk membeli kerusi dan meja sudah diperolehi akhir tahun lalu.

    “Nak ambil masa berapa bulan lagi, ini sudah bulan lima. Kalau peruntukan tidak dapat lagi saya tahu la, ini sudah lama dapat,” katanya dalam satu hantaran video di Facebook.

    Video itu turut merakam perbualan antara Akmal dan Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Salhah Salleh yang mengesahkan peruntukan di semua sekolah telah diluluskan dan kelambatan itu disebabkan oleh birokrasi Jaim.

    Sementara itu, Rahmad menafikan dakwaan sejumlah murid sekolah itu sudah belajar tanpa kerusi dan meja sejak lima bulan lalu, memandangkan sesi persekolahan hanya bermula Mac lalu.

    Dia juga memaklumkan murid yang terpaksa belajar dalam keadaan itu adalah murid yang ditempatkan di kelas tambahan yang baru dibuka.

    “Keseluruhan ada 21 kelas di sekolah itu dan kesemuanya lengkap dengan perabot, namun terdapat pertambahan murid jadi kelas baru terpaksa dibuka,” kata Adun Ayer Molek itu lagi seperti dipetik.

    ALSO READ:  Wahab kemuka saman, tuntut Chegubard, Hakim Ramlee mohon maaf

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts