Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesExco pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru

    Exco pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar sejak petang semalam.

    Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata Wan Badariah, 47, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mata Ayer dari parti PAS ditidurkan selepas mengalami komplikasi jantung dan paru-paru.

    “Beliau dimasukkan ke hospital petang semalam dan masih ditidurkan tetapi (keadaan) stabil.

    “Kita doakan beliau cepat sembuh, punca awal tiroid, kemudian dikesan (mengalami komplikasi) jantung dan paru-paru…ada air dalam paru-paru,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Dewan Undangan Negeri di Kangar hari ini.

    Mohd Shukri berkata pada masa ini pihaknya belum membuat sebarang keputusan melantik pemangku bagi menggalas tugas Wan Badariah.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts