Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesExco Pemuda Amanah sahkan tawar diri ketuai sayap parti

    Exco Pemuda Amanah sahkan tawar diri ketuai sayap parti

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Azhar Rahman hari ini mengesahkan dia sedia menawarkan diri untuk dipilih perwakilan mengisi salah satu tempat dalam Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional, sekali gus dipertimbangkan mengetuai gerakan tersebut. Menurut exco Pemuda Amanah Nasional itu, dia mengambil kira pelbagai aspek termasuk respon yang diberikan ahli di seluruh negara serta menyedari keperluan menawarkan pembaharuan kepada sayap parti terbabit. Dia yang juga exco Pemuda Amanah Perak berharap dengan adanya persaingan secara sihat begitu, Pemuda Amanah dapat menilai idea dan hala tuju yang ditawarkan setiap calon. “Pada masa sama kita meraikan serta menyuburkan demokrasi melalui Amanah,” katanya kepada Malaysiakini.

    Setakat ini ada tiga nama mengesahkan secara rasmi berminat untuk memegang jawatan berkenaan, termasuk penyandangnya, Hasbie Muda, yang kini berkhidmat sebagai anggota Dewan Negara. Seorang lagi calon ialah Ketua Pemuda Amanah Selangor merangkap Adun Batu Tiga di Shah Alam, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid. Malaysiakini sebelum ini melaporkan Azhar dilihat berpotensi untuk menyertai persaingan berkenaan selepas mendapat dukungan dari beberapa Negeri, selain timbalan Hasbie ketika ini, Razak Ridzuan.

    Menurut Azhar dia juga berharap ahli Pemuda Amanah tidak menganggap tawaran berkenaan sebagai ancaman kepada perpaduan ahli sayap parti. Sebaliknya kata Azhar ahli akar umbi boleh memanfaatkan ruang yang sememangnya terbuka dalam perlembagaan parti untuk menilai serta membandingkan gagasan yang dibawa setiap calon. “Kita tumpukan persaingan secara sihat ini dengan melihat apa idea yang dibawa serta hala tuju yang mahu dipandu oleh setiap calon,” katanya.

    Pada masa sama Azhar juga menasihatkan semua pihak agar berhati-hati dan menjaga batasan semasa berkempen agar persaingan yang berlangsung tidak menjurus kepada perpecahan. Katanya dia sedar sedikit sebanyak persaingan itu boleh membawa kepada rasa tidak puas hati dan kurang senang antara satu sama lain, namun yakin ia masih terkawal dan boleh ditangani dengan baik. “Tambahan pula kita sudah melepasi tempoh genting pilihan raya peringkat kawasan atau Negeri, dan pilihan raya umum yang akan datang pula boleh dikatakan masih agak jauh. Justeru sambil berharap tiada perpecahan, kita juga yakin Pemuda Amanah mempunyai masa yang cukup untuk merapatkan saf selepas pengundian nanti,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts