Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesExco: Pindaan garis panduan pemutihan tahfiz S'gor di peringkat akhir

    Exco: Pindaan garis panduan pemutihan tahfiz S’gor di peringkat akhir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Cadangan pindaan dalam garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian di Selangor telah sampai ke peringkat akhir penelitian, menurut Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Mohammad Fahmi Ngah.

    Fahmi berkata, garis panduan baru itu bertujuan untuk memastikan peratusan pemutihan lebih tinggi bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pelajar sambil tidak memberi tekanan yang terlalu besar kepada pengusaha sekolah.

    “Pelaksanaan dasar ini adalah untuk memastikan peratusan pemutihan lebih tinggi dan pembinaan sekolah patuh kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

    “Ini bertujuan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelajar dan tidak membebankan para pengusaha (sekolah),” kata Fahmi dalam sidang DUN Selangor, hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Adun Sementa, Noor Najhan Mohamad Salleh yang meminta tempoh pemutihan – yang sebelum ini dilanjutkan sehingga akhir tahun ini – dilanjutkan lagi sehingga 2025.

    Bagaimanapun, dengan pindaan garis panduan yang akan dilakukan, beliau berkata tidak perlu untuk melanjutkan tempoh tersebut.

    “Perbincangan sedang berlangsung dan akan dimuktamadkan pada penghujung bulan ini. Jika keluar garis panduan baru, mungkin tidak perlu kita memanjangkan tempoh (sedia ada) tersebut,” katanya, sambil menambah sebanyak 15 peratus daripada 533 sekolah agama persendirian telah melepasi proses pemutihan mengikut garis panduan sebelum ini.

    Lebih lanjut, Fahmi berkata antara penambahbaikan yang dicadangkan dalam garis panduan baru itu adalah Kebenaran Merancang Tempoh Terhad (KMTT) untuk institusi yang mematuhi beberapa syarat minimum.

    “Kita akan gunakan garis panduan kedua ini untuk meningkatkan peratusan sekolah-sekolah agar lebih selesa dan selamat kepada para pelajar di Negeri Selangor,” tambahnya lagi.

    Penyelidikan pemutihan sekolah agama persendirian di Selangor dilakukan bagi memastikan bangunan sekolah dibina mengikut syarat-syarat yang ditetapkan PBT bagi mengelakkan berulangnya tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur pada tahun 2017.

    ALSO READ:  Adun Batu Tiga harap Mat Sabu kekal presiden

    Dalam tragedi yang berlaku pada 14 September 2017 itu, sebanyak 21 pelajar dan dua guru telah meninggal dunia selepas terperanangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz tersebut yang terbakar.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts