Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Tuesday, July 16, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesFadhli bidas k'jaan batal pas media rasmi wartawan Harakah

    Fadhli bidas k’jaan batal pas media rasmi wartawan Harakah

    -

    Shopee CNY Sale

    PARLIMEN | Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari membidas tindakan kerajaan membatalkan pas media rasmi Harakah.

    Fadhli (PN-Pasir Mas) berkata akhbar itu menerima surat daripada Jabatan Penerangan awal hari ini memberitahu supaya memulangkan pas media wartawan mereka.

    Menurutnya, PAS menerima teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap Harakah pagi tadi.

    “Tapi hari ni Harakah telah menerima surat daripada Jabatan Penerangan, diambil balik kad media daripada wartawan Harakah.

    “Satu tindakan yang tidak pernah akhbar Harakah alami sejak daripada zaman ‘maha zalim’, tak pernah diambil kad media,” katanya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2024, petang tadi.

    Difahamkan, perkataan ‘maha zalim’ yang disebut pemimpin PAS itu merujuk era pemerintahan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana Menteri keempat.

    Walaupun Fadhli tidak menjelaskan secara terperinci sebab Harakah dikenakan tindakan itu namun Malaysiakini dimaklumkan tindakan itu ada kaitan dengan artikel yang diterbitkan oleh lidah rasmi PAS semalam.

    Artikel bertajuk ‘Malaysia Di Bawah Anwar Ragu-Ragu Sokong Palestin?’ itu memetik Ketua Dewan Ulamak PAS Ahmad Yahaya (PN-Pokok Sena), yang mendakwa kerajaan telah mengubah nadanya berhubung pejuang kemerdekaan Palestin untuk mengikuti naratif yang ditetapkan oleh Israel dan Barat.

    Harakah juga telah menerbitkan satu set gambar untuk mengiringi artikel itu yang memaparkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan bendera Israel di belakangnya manakala foto Ahmad mempunyai bendera Palestin di sisinya.

    Semakan Malaysiakini mendapati gambar itu telah ditukar dan hanya bendera Israel dan Palestin dipaparkan, tanpa wajah Anwar dan Ahmad.

    Jabatan Penerangan, agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital menyatakan laporan itu telah melanggar etika kewartawanan kerana menyiarkan “tuduhan tidak berasas” dan mengarahkan Harakah memulangkan semua pas medianya esok.

    Awal hari ini, Anwar semasa sesi soal jawab perdana Menteri di Dewan Rakyat mengkritik cara Harakah cuba mengaitkannya dengan Israel.

    ALSO READ:  Jailed Russian opposition leader Navalny dead -prison service

    Dia juga menyifatkan Ahmad (PN-Pokok Sena) sebagai ‘biadab’ kerana mendakwa Putrajaya memohon maaf dalam pendiriannya terhadap perjuangan Palestin dan menegaskan pendirian kerajaan sentiasa tidak berbelah bahagi dalam menyokong Palestin.

    Untuk rekod, Harakah mendapat permit penerbitan sejak Mac 1987 sebagai akhbar pertubuhan seminggu dua kali mulai 1990.

    Pada 1997, perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad yang juga Menteri dalam Negeri menyekat penjualan Harakah secara terbuka dengan edaran terhad untuk ahli PAS sahaja.

    KDN pada Mac 2000 pula menghadkan kekerapannya daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan.

    Pada 23 Mac 2009, KDN menggantung permit Harakah selama tiga bulan berkuasa serta merta namun kira-kira dua minggu kemudian, larangan tersebut ditarik balik oleh perdana Menteri ketika itu Najib Razak.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,435FansLike
    1,159FollowersFollow
    1,050FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts