Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesFadhli: Parti mana pun usah jadi hero bantah modul Hadis 40

    Fadhli: Parti mana pun usah jadi hero bantah modul Hadis 40

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pemuda PN memberi amaran supaya tidak ada mana-mana pihak termasuk parti politik cuba menjadi hero dengan membantah rancangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi.
    Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia kerana pengajaran Islam sudah termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.
    Katanya seksyen 50 (1) akta itu menyatakan, sesebuah institusi pendidikan yang ada sekurang-kurangnya lima orang murid beragama Islam maka mereka perlu diberikan pendidikan Islam oleh guru yang diluluskan oleh pihak berkuasa sesebuah Negeri.
    “Justeru, tiada sebab untuk sesiapa membantah inisiatif KPM melaksanakan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di 289 buah sekolah-sekolah kerajaan secara rintis kepada guru dan murid yang beragama Islam.
    “Pihak yang membantah dari parti mana sekalipun, NGO mana sekalipun, perlu sedar realiti dalam akta pendidikan tersebut.
    “Tak usahlah menjadi hero pula dalam isu ini,” katanya yang juga ketua Pemuda PAS Malaysia di Facebook.
    Terdahulu KPM menyatakan rancangannya melaksanakan modul tersebut di 61 sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan 228 sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) seluruh negara.

    Mengapa DAP diam
    Ia menimbulkan bantahan banyak pihak termasuk ahli politik dan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) yang menyatakan “kebimbangan mendalam” terhadap kemungkinan pelajar bukan Islam perlu mempelajari modul itu juga.
    Malaysiakini edisi bahasa Cina turut melaporkan, Gerakan – yang juga sekutu PAS dalam gabungan PN – menyatakan bantahan mereka terhadap pelaksanaan modul berkenaan.
    Presidennya Dominic Lau sendiri mempersoalkan langkah kerajaan memperkenalkan modul tersebut kerana menganggap ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.
    Lau juga berpendapat langkah KPM berkenaan bercanggah dengan prinsip negara, selain mengancam keharmonian kepelbagaian budaya dan agama di Malaysia.
    Lau yang menjadi calon PN untuk kerusi DUN Bayan Lepas baru-baru ini juga mempersoalkan mengapa DAP terus berdiam diri di sebalik dasar mereka yang mengaku memperjuangkan demokrasi, hak asasi manusia, dan kepelbagaian kaum.
    Kata Lau pada 24 Ogos lalu, dalam sesebuah sekolah bukan hanya pelajar beragama Islam yang ada sebaliknya turut menempatkan pelajar bukan Islam.
    Justeru kata Lau pelaksaan modul tersebut di sekolah kerajaan hanya akan membawa kesan negatif seperti membuat pelajar bukan Islam berasa tersisih dan melebarkan jurang antara kaum.
    Sementara itu dalam perkembangan berkaitan MCA menggesa Ketua Pemuda Umno Akmal Salleh supaya merendah diri dan menonjolkan rasa hormat terhadap pihak yang bimbang mengenai rancangan KPM melancarkan modul tersebut.
    Kenyataan Naib Presiden MCA Ti Lian Ker itu dibuat selepas Akmal berikrar bahawa sesiapa sahaja – sama ada kawan atau lawan – mesti bersedia untuk menghadapi tentangan daripada Pemuda Umno jika mereka mempersoalkan rancangan berkenaan.
    “(Kenyataan Akmal) kedengaran ‘tegas’ dan ‘kasar’.
    “Perangai Pemuda Umno sebeginilah yang merosakkan imej Umno dan BN di mata umum serta minda rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.
    Tambah Ti, BN adalah gabungan yang mengamalkan kepelbagaian dan toleransi, manakala Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan – yang menjamin kebebasan bersuara – memberi hak kepada semua rakyat untuk bertanya, mempersoalkan atau membahaskan dasar kerajaan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts