Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesFadhlina elak ulas laporan Bank Dunia pasal murid M'sia

    Fadhlina elak ulas laporan Bank Dunia pasal murid M’sia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengelak menjawab soalan mengenai laporan Bank Dunia yang menyentuh sistem persekolahan negara.

    “Hari ini pasal isu sekolah padat saja ya,” katanya ketika ditanya pemberita pada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaaan Meru, Klang hari ini.

    Laporan terbaru Bank Dunia bertajuk ‘Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills’ memberi gambaran pembelajaran murid Malaysia ketinggalan berbanding pelajar Vietnam.

    Ini walaupun perbelanjaan yang besar diperuntukkan dalam pendidikan iaitu 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negar Kasar (KDNK).

    Laporan itu juga menyatakan hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5, jauh lebih teruk dari rakan serantau (34 peratus berjuang dalam ekonomi yang serupa).

    Pelajar Malaysia juga dilaporkan menghabiskan purata 12.5 tahun di sekolah tetapi pembelajaran bersamaan dengan hanya 8.9 tahun.

    Sebaliknya, pelajar Vietnam mencapai 10.7 tahun pembelajaran dalam jangka masa yang sama, kata laporan Bank Dunia itu lagi.

    Dalam perkembangan lain, Fadhilina berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merancang untuk menyediakan ‘bilik darjah sementara’ bagi menangani isu sekolah padat.

    “(Sebagai contoh) SMK Meru di Klang akan mempunyai kelas apung (bilik darjah sementara),” katanya selepas melawat sekolah itu.

    Fadhlina berkata bilik darjah sementara itu akan menggunakan ruang lain dalam kawasan sekolah seperti bilik bahasa, makmal dan bengkel.

    Menteri itu mendedahkan terdapat 86 sekolah padat dengan murid di negara ini, dengan Selangor menduduki tempat pertama untuk bilangan sekolah paling ramai pelajar.

    Sekolah padat itu akan mempunyai lebih 40 pelajar di dalam satu kelas, katanya.

    Bergantung kepada keadaan sekolah, Fadhlina berkata kementerian akan menangani situasi kesesakan itu dengan sewajarnya.

    Bagi sekolah yang tidak mempunyai ruang tambahan, KPM akan mencari penyelesaian lain, jelasnya

    ALSO READ:  Aktivis siswa UM jawab isu cakap Cina di sidang media

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts