Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesFadhlina nafi k'jaan tak tunai janji bangunkan sekolah daif di S'wak

    Fadhlina nafi k’jaan tak tunai janji bangunkan sekolah daif di S’wak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hari ini menafikan dakwaan Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman Sarawak Datuk Dr Juanda Jaya bahawa Kerajaan Persekutuan tidak menunaikan janji untuk membina bangunan baharu bagi sekolah daif di Negeri itu.

    Beliau berkata segala usaha ke arah merealisasikan perkara itu sedang dan masih diusahakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk mengadakan pertemuan dengan pimpinan Kerajaan Negeri Sarawak.

    “Kita dah ada banyak pertemuan malah saya sendiri akan ada lagi pertemuan dengan Menteri (Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn) dan juga timbalannya.

    “Ini untuk pastikan semua kemajuan projek dan kerja-kerja melibatkan sekolah daif di Sarawak dilaksanakan mengikut jadual,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan penutupan program Eksplorasi Merdeka@Muzium di Muzium Negara di sini.

    Fadhlina berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan media mengenai dakwaan Juanda berkenaan perkara itu seperti dilaporkan media Sarawak pada Selasa.

    Juanda, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jemoreng, dilaporkan berkata Sarawak masih menagih janji Kerajaan Persekutuan untuk membina bangunan baharu bagi sekolah daif di Negeri itu termasuk tiga yang amat daif di kawasannya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pergau, SK Bawang Tian dan SK Sok.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts