Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesFahmi beri bayangan PM mungkin tak turun KKB berkempen

    Fahmi beri bayangan PM mungkin tak turun KKB berkempen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberi bayangan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mungkin tidak akan turun berkempen bagi calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kubu Bharu (KKB).

    Ini meskipun pengerusi PH itu dilihat menjadi antara topik yang diketengahkan oleh seteru mereka dari Perikatan Nasional (PN)

    Fahmi mendakwa, sudah menjadi “tradisi” dalam beberapa siri PRK sebelum ini untuk perdana Menteri tidak turun berkempen.

    “Berhubung bila PM turun di KKB saya tak tahu lagi. Saya tak berhubung dengan beliau.

    “Beliau kini di luar negara. Kebiasaanya, untuk PRK dalam banyak siri PRK sebelum ini perdana Menteri tak turun.

    “Ini bukan sahaja amalan dalam pentadbiran sekarang, tetapi pentadbiran-pentadbiran sebelum ini,” katanya kepada pemberita di Kuala Kubu Bharu, hari ini.

    Untuk rekod, Anwar turun berkempen ketika PRK Simpang Jeram, Pulai dan Pelangai – yang ketiga-tiganya diadakan tahun lalu.

    Anwar dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Mohamad Sabu antara pemimpin yang menjadi bahan kempen di kalangan pemimpin PN.

    Isu ketiadaan beras tempatan, dakwaan ketidakstabilan ekonomi, janji-janji Anwar sebelum PRU15 yang masih tidak ditunaikan antara isu panas dibangkitkan dalam ceramah-ceramah PN.

    Di kalangan pengundi India pula, terdapat kempen ‘tikam’ Anwar iaitu mengajak penduduk setempat memboikot PRK berkenaan.

    Pihak yang menggerakkan inisiatif kempen boikot itu dilaporkan berkata bahawa niat mereka bukan untuk membantu PN tetapi mahu menghantar isyarat kepada Anwar bahawa masyarakat India tidak puas hati pada kerajaan hari ini.

    Mereka mendakwa dalam tempoh setahun kerajaan pimpinan Anwar mentadbir negara, adalah jelas kerajaan mengabaikan masyarakat India.

    DUN Kuala Kubu Bharu dikenali sebagai ‘kerusi campuran’ dengan pecahan pengundi Melayu (46 peratus), Cina (30 peratus) dan India (18 peratus) dan lain-lain (6 peratus).

    ALSO READ:  Polis tahan lelaki buat panggilan palsu ancaman bom di Aeon Klebang

    Calon PN Khairul Azhari Saut akan berdepan tiga lagi calon, iaitu Pang Sock Tao daripada PH, Hafizah Zainuddin (PRM) dan Nyau Ke Xin (bebas).

    PRK Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 11 Mei dan 7 Mei untuk pengundian awal.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts