Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesFahmi: Cadangan tubuh s'jaya ekonomi gig akan dibawa ke kabinet

    Fahmi: Cadangan tubuh s’jaya ekonomi gig akan dibawa ke kabinet

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bersetuju dengan cadangan Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk meminta kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia dan akan berusaha mengemukakan perkara itu ke mesyuarat jemaah Menteri minggu depan.

    Fahmi yang juga jurucakap kerajaan perpaduan berkata cadangan itu wajar memandangkan terdapat kerencaman dalam ekonomi gig seperti penghantar makanan.

    “Saya lihat memang ekonomi gig ia rencam, pelbagai, ada aspek-aspek ‘free market‘ (pasaran bebas) ataupun pasaran yang memainkan perananan terutama dalam segi upah dan sebagainya.

    “Bagi saya antara yang paling penting ialah kebajikan bagi golongan pekerja gig…itu sebab saya secara konsisten telah menyatakan dan melalui apa yang saya mampu, usaha untuk bantu penunggang p-hailing (ini),” katanya kepada pemberita pada Program Jiwa Madani di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh di Melaka hari ini.

    Fahmi Fadzil

    Program berkenaan menyediakan beberapa reruai antaranya Pangkalan Data Utama (Padu), Jualan Rahmah dan pemeriksaan kesihatan percuma oleh pelbagai agensi termasuk di bawah Kementerian Komunikasi bagi membantu masyarakat setempat.

    Program dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 1,000 penduduk kampung itu dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Speaker DUN Melaka Kerk Chee Yee serta Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka Datuk Fairul Nizam Roslan.

    Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata MT Umno sebulat suara bersetuju untuk meminta kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia bagi memastikan aspek kebajikan dan hak pekerja ekonomi gig di Malaysia terpelihara.

    Sementara itu, Fahmi berkata setakat semalam kira-kira 56,000 individu telah berdaftar dengan Padu dan menggesa agar lebih ramai tampil mendaftar terutama penjawat awam.

    ALSO READ:  'Bayi dirampas': Penafian pantas diragui, MP gesa siasatan bebas

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts