Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesFahmi: Kabinet rakam takziah pada keluarga Taib Mahmud

    Fahmi: Kabinet rakam takziah pada keluarga Taib Mahmud

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jemaah Menteri hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia awal pagi hari ini.

    Jurucakap Kerajaan Madani Fahmi Fadzil berkata Allahyarham yang juga bekas ketua Menteri Sarawak mempunyai banyak jasa terhadap pembangunan dan permodenan Negeri tersebut.

    “Sudah pasti kesan daripada pentadbiran dan tempoh beliau sebagai Yang Dipertua Negeri memainkan perananan sangat penting dalam pembangunan dan permodenan Sarawak sehingga apa yang kita lihat hari ini.

    “Pemergian Allahyarham sudah pasti cukup mendukakan dan hiba….penting juga untuk kita kenang jasa bakti Allahyarham,” katanya ketika dihubungi Bernama Radio di Kuala LUmpur hari ini.

    Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata Minggu Perpaduan 2023 yang diadakan di Kuching pada Mei tahun lepas adalah acara terakhir beliau bertemu dengan Tun Abdul Taib.

    “Saya lihat Allahyarham keuzuran tapi beliau tetap gagah teruskan kerja pada waktu itu,” katanya.

    Abdul Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi ini.

    Pengurusan jenazah Allahyarham akan dilakukan di Masjid Negara sebelum dibawa pulang ke Kuching untuk dikebumikan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts