Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesFahmi: Kerajaan perpaduan sambut tiga peristiwa malam ini

    Fahmi: Kerajaan perpaduan sambut tiga peristiwa malam ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menyifatkan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu sebagai sesuatu yang bersejarah.

    Katanya, sambutan kemenangan malam ini cukup bermakna sempena ulang tahun ke-25 tahun PKR dan juga ulang tahun ke-78 Umno yang disambut hari ini.

    Kejayaan Pang Sock Tao itu menjadi tiga sambutan bermakna buat Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    “Malam ini agak baiknya kita sambut ulang tahun PKR ke-25 sekali dengan sambutan Umno yang ke-78.

    “Bersekali ia dengan kemenangan calon kerajaan perpaduan di Kuala Kubu Bharu,” katanya ketika ditemui di Kuala Kubu Bharu, malam ini.

    Berdasarkan keputusan tidak rasmi ketika laporan ini tulis, PH yang diwakili DAP berjaya mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu dengan majoriti undi melebihi 3,000.

    PRK Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong mewakili PH pada 21 Mac lalu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts